in , ,

Netizen Muak Promote Drama Konon Cik B & Aniq Bercinta, Kaitkan dengan Alvin Chong

Mungkin ada yang sudah tahu tentang ‘kisah cinta’ antara Cik B dan juga pelakon Aniq Suhair yang kini sedang panas diperkatakan oleh netizen.

Hari demi hari, ada sahaja foto atau video yang dikongsikan oleh mereka sehingga membuatkan segelintir masyarakat sudah mula naik muak dengan ‘kisah cinta’ yang dibuat-buat ini.

Bagi netizen, ini semua hanya sekadar gimik semata-mata bagi melariskan drama lakonan mereka iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang kini sedang bersiaran di TV3.

Netizen Muak Promote Drama Konon Cik B & Aniq Bercinta, Kaitkan dengan Alvin Chong

Tidak mungkin Cik B akan bercinta buat masa sekarang memandangkan dia baru sahaja berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah yang masih di bawah umur.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyifatkan bahawa isu ini sama sahaja terjadi pada kes penyanyi Alvin Chong dan Athalia Deena Buswani sebelum ini.

Netizen Muak Promote Drama Konon Cik B & Aniq Bercinta, Kaitkan dengan Alvin Chong

Akibat dikatakan kononnya sedang bercinta dengan Athalia, Alvin telah kerugian puluhan ribu selepas namanya digugurakan daripada menerima tawaran daripada sebuah syarikat aplikasi terkenal.

Netizen turut mempertikaikan mengapa ada yang bersetuju dengan ‘kisah cinta’ ini tetapi marah apabila ada isu kononnya Alvin Chong dan Athalia bercinta?

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?

Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu Cik B dan Aniq mengambil pengajaran atas apa yang sudah terjadi kepada Alvin Chong sebelum ini.

Nampaknya Aniq kena tunggu Cik B habis sekolah dulu la baru boleh sambung bercinta semula, hehe!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berpijak Di Bumi Nyata, Cik B Mengaku Tidak Bercinta Dengan Aniq Suhair

Mahu Saman Tukang Fitnah, Da’i Syed Dapat Sokongan dari Artis