in ,

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Sejak mula dilancarkan pada 5 Oktober yang lalu, video klip lagu berjudul DIA yang disampaikan oleh kumpulan Inteam rata-rata mendapat reaksi penonton yang menyatakan kesedihan mereka sehingga menitiskan air mata.

Video muzik yang menampilkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai pelakon itu, dikatakan sangat menyentuh hati dan begitu kena dengan lagu dan lirik yang disampaikan. Turut ditampilkan ialah anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Awish dan Kikim yang turut berlakon dengan berkesan.

Video tersebut yang berjaya menduduki tangga ‘trending’ kedua di Youtube dalam masa satu hari kini telah mencecah tontonan sebanyak 300,000 tontonan dan mencapai sehingga lebih 3000 komen dan 28,000 like.

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Muzik video tersebut mengisahkan pasangan suami isteri yang bahagia dengan dua orang cahaya mata yang comel namun teruji dengan satu peristiwa di mana suaminya telah didapati hilang ketika menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.

Walaubagaimanapun, suami tersebut terselamat, namun buta kedua mata akibat kemalangan letupan yang berlaku di Gaza. Suaminya berada di dalam dilema untuk pulang kepada keluarganya kerana tidak mahu membebankan mereka. Namun akhirnya, mereka dipertemukan semula.

Sebahagian netizen yang memberikan komen, turut mengaitkan jalan cerita video ini dengan jasa pengorbanan 6 orang wira anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas. Mereka turut mendoakan keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran.

Muzik video ini turut dikongsikan oleh beberapa selebriti terkenal. Selain Norman Hakim dan Memey Suhaiza sendiri, Dato’ Alif Syukri dan Syamsul Yusuf turut berkongsi video ini di Instagram masing-masing.

Rata-rata peminat Inteam juga menyatakan, lagu dan muzik video ini merupakan kepulangan semulaatau ‘comeback’ Inteam dengan lagu yang hampir menyamai konsep lagu-lagu popular mereka suatu masa dahulu seperti Nur Kasih, Impian KAsih dan Kasih Kekasih.

Lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Syah Inteam ini sudah pun berada di semua platform digital dan di Youtube rangkaian Inteam Records.

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Hidup Yazmin Aziz dalam LIHATLAH

Syamel, Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ramlah Ram Penutup ABPBH31