in , ,

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

Suami kepada pelakon, Sarah Hildebrand, Otto Gillen mengakui dirinya berasa sangat teruja apabila berkesempatan untuk berjumpa dengan penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman.

Menurut Otto, PU Azman atau lebih sinonim dengan panggilan Cik Man merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi dan dia sangat bersyukur kerana dapat berkongsi pelbagai perkara pada pertemuan yang singkat itu.

“PU Azman merupakan antara orang yang memiliki pengetahuan yang sangat luas yang pernah saya jumpa selama ini. Saya berasa sangat senang kerana dapat berkerjasama dengan PU Azman atau Cik Man.

“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, berkongsi rasa dan memberikan kami kata-kata peransang,” kongsinya.

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Otto menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, entri tersebut telah dicemari dengan komen negatif seorang individu yang menyifat isterinya itu tidak akan dapat mencium bau syurga kerana tidak lagi mengenakan hijab.

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

“Suruh isteri kamu pakai tudung semula. Sesiapa yang tidak memakai tudung dia tidak akan dapat bau syurga,” tulis individu tersebut.

Tersentak dengn komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu;

Jelas Sarah, tiada seorang manusia pun yang berhak mengadili kehidupan orang lain kerana hidayah itu milik Allah.

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

“Bagaimana kamu tahu yang Allah tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana pula kamu tahu jalan yang saya lalui ketika ini pula salah.

“Kamu sendiri tidak tahu dan jangan bertindak seperti anda tahu semuanya. Berhenti menghantarkan mesej-mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih,” balasnya.

Komen tersebut juga mendapat respon daripada Otto yang turut mempertahan tindakan isterinya itu.

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

“Tak perlu ajar apa yang saya perlu buat. Kenapa pula Allah tidak mahu memberi isteri saya petunjuk? Adakah Allah menyimpan dendam? Atau anda hanya mereka cerita,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihat pasangan tersebut supaya tidak mempedulikan komen-komen tersebut.

Malah, mereka turut mendoakan yang terbaik buat pasangan yang baru setahun mendirikan rumah tangga ini.

Netizen Komen di Gambar Suami Bersama PU Azman, Ini Reaksi Sarah Hildebrand

Terdahulu, Sarah telah pun mendirikan rumah tangga bersama Otto yang juga merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada tanggal 3 November 2019.

Sejak sebulan lalu, Sarah dilihat sudah tidak lagi berhijab selepas memuat naik beberapa gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Sumber: Instagram Otto Gillen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengurusan Rayuan Kes Bekas Suami Ziana Zain 8 Disember

Muak Lihat Mira Filzah Tayang Bahagia, Makcik Ni Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen