in , , ,

Netizen Kagum Flow Rap Cik B untuk Single Pertama TOLONGLAH Seakan Yonnyboii

Kita kini memasuki fasa terakhir untuk tahun 2020. Sekejap masa berlalu tanpa kita rasa sebenarnya tiada apa yang kita buat untuk tahun ini. Namun, tidak bagi Cik B yang seakan mahu membuktikan 2020 adalah tahun untuk beliau mencipta nama. Selepas berlakon kini Cik B mahu jadi penyanyi pula dengan melancarkan single berjudul TOLONGLAH.

Pada usia mudanya yang menjengah ke 15 tahun, Cik B bukan sahaja telah bergelar usahawan muda dan juga pelakon malah kini turut bergelar sebagai seorang penyanyi.

Selepas membuat kemunculan sulung sebagai pelakon menerusi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen kini bakal melancarkan pula lagu pertama beliau. Korang dah dengar ke belum?

Perkara itu dikongsikan sendiri beliau melalui beberapa muat naik di Twitter dan Instagram bermula awal pagi hari ini yang memaklumkan mengenai pelancaran lagu dan muzik video berjudul Tolonglah itu.

“Cik B awal-awal cakap Cik B tak reti sangat berlakon dalam muzik video ini.

Maybe ramai tak faham apa maksud muzik video ini, tak apa Cik B akan terangkan nanti,”

– Cik B

Dua perkara paling mencuri tumpuan menerusi teaser berkenaan sudah semestinya penampilan Cik B sendiri dan juga flow dan suaranya yang kedengaran seperti penyanyi rap Yonnyboi.

CIK B

Mengulas mengenai lagu berkenaan, Cik B menjelaskan ianya telah dihasilkan sejak daripada Disember tahun lalu dan bukannya dibuat secara tiba-tiba.

“Cik B bukan tiba-tiba je buat lagu ini. Cik B buat bulan 12 tahun lepas,”

– Cik B

Dan kini selepas berjaya mencuri perhatian netizen dengan telatahnya dan kemunculan sebagai pelakon drama, kini Cik B bakal bergelar pula sebagai penyanyi.

Tidak mahu terlepas mendengar lagu pertama daripada Cik B malam ini? Anda boleh menontonnya melalui pautan ini di bawah:

Terdahulu, Cik B mencuri perhatian sebagai penghias wajah hadapan akhbar Utusan yang mana Cik B tampil dalam sisi yang cukup berbeza dan kelihatan cukup bergaya dalam kelasnya tersendiri.

Selain itu, Cik B juga buat pertama kalinya berlakon dalam drama bersiri berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang mana turut dibarisi selebriti popular tanah air seperti Naim Daniel, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL

Da’i Syed Jumpa Hafiz Hamidun Sebelum Ditahan, Sempat Beri Nasihat, Hubungi Peguam