in , ,

Netizen Gesa Shuk Sahar Buang Nama Hot FM di IG Selepas Ditamatkan Sebagai Penyampai Radio

Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

“Kontrak Perkhidmatan Shuk Sebagai Penyampai Radio Di Hot FM Ditamatkan Berkuatkuasa Hari Ini.

“Selepas Selesai Siasatan Dalaman Mendapati Berlakunya Pelanggaran Terma Perjanjian Oleh Shuk Seperti Yang Sudah Dipersetujui Di Dalam Kontrak Perkhidmatannya Sebagai Penyampai Radio Hot FM.

“Shuk Juga Telah Dimaklumkan Mengenai Hal Ini,”

– Hot FM
SHUK SAHAR

Netizen Gesa Shuk Tukar Nama 

Sementara itu, jika diteliti pada Instagram pelawak itu mendapati nama yang didaftarkan pada platform itu masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.

Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata netizen mengecam dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan.

Namun begitu, ada di antara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon,penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz

Kolaborasi Kmy Kmo & Luca Sickta Bersama Dato’ Jamal Abdillah dalam NERACA