in

Joe Flizzow, Altimet, Sonaone & Faizal Tahir Bergabung Demi NEGARAKU

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir akan melancarkan sebuah lagu yang diinspirasikan oleh lagu patriotik yang dinamakan “Negaraku”.

Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir

Joe Flizzow, Altimet, Sonaone & Faizal Tahir Bergabung Bakat Dalam Kolaberasi Gergasi

[dropcap]L[/dropcap]agu NEGARAKU telah digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh artis-artis yang mendendangkan lagu tersebut. Intipati lirik lagu yang agak pedas mengenai nasib golongan pertengahan di Malaysia yang sedang dalam kepayahan mengharungi kehidupan harian yang inginkan masa depan yang lebih baik sebagai satu negara.

Setiap artis yang terlibat telah menempa nama mereka dalam genre mereka sendiri, dan diharap dengan kerjasama dan kolberasi mereka ini akan menarik perhatian setiap peringkat umur dan minat di seluruh negara.

Dipasarkan oleh Sony Music Entertainment (Malaysia), “Negaraku” boleh didapati di semua saluran digital mulai 26 Ogos 2016.



Mengenai Joe Flizzow

Nama Joe Flizzow tidak asing kerana reputasi yang dibina sebagai salah seorang peneraju hip-hop di Asia. Sejak pelancaran album Bahasa Inggeris, “President” pada 2009 yang memenangi anugerah, beliau telah mula mengembangkan empayar perniagaannya, Kartel yang menaungi label rakaman (Kartel Records), agensi artis (Kartel Agency), kumpulan DJ (Kartel Hitmen) dan kedai gunting rambut (Joe’s Barbershop). Joe turut mengilhamkan dan menjadi produser bersama rancangan Hip-Hoppin Asia oleh 8TV, sebuah rancangan kembara yang mengikuti Joe ke beberapa buah negara di Asia, di mana beliau telah bertemu dengan sahabat seperjuangan dalam arena hip-hop menyusuri tempat- tempat yang biasanya tidak dikunjungi oleh pelancong biasa. Joe Flizzow melancarkan album “Havoc” pada 7 Disember 2013 dan lagu single berjudul “Havoc” yang telah mewujudkan satu fenomena di seluruh negara.

Single kedua beliau, “Apa Khabar” memenangi anugerah bagi kategori “Best Hip-Hop Song” di Anugerah Industri Muzik 21 (dikenali sebagai Grammy’s of Malaysia) dan menempa sejarah sebagai artis hip-hop pertama yang merangkul kejuaraan Lagu Terbaik di anugerah muzik tahunan yang paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-29. AJL memberikan penghormatan kepada lagu terbaik tahunan, penggubah, penulis lirik dan vocal berdasarkan kepada undian pendengar di carta Muzil-Muzik di TV3. AJL merupakan rancangan berkaitan muzik, nombor 1 di Malaysia yang mendapat perhatian lebih dari 4 juta penonton setiap tahun.
@flizzow @flizzow facebook.com/officialjoeflizzow

Mengenai Altimet

Altimet merupakan seorang “rapper” yang telah meraih beberapa anugerah, penghibur sebenar, penulis lagu dan juga produser muzik dari Malaysia. Ahmad bin Abdul Rahman (lahir pada 27 November 1978), lebih dikenali sebagai Altimet, beliau terkenal sebagai salah seorang penggerak yang berani dalam industri hiburan tempatan, juga sebagai “individu yang cuba membentuk Malaysia” (August Man Magazine keluaran 2010). Pengiktirafan ini adalah kerana di sepanjang kerjaya beliau di dalam industri muzik Malaysia yang telah menyaksikan beliau memcah rekod, membawa pulang anugerah dan memenuhi carta dengan jumlah 7 hit single yang mendapat tangga teratas.

Dengan lagu hip-hop sulung, ‘Kalau Aku Kaya’, yang mendapat tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu, kepada menulis lagu dan menghasilkan lagu ‘Pencuri’ untuk Mark Adam, sebuah hasil nukilannya yang mendapat nombor satu putaran di radio, pengharagaan demi pengharagaan diberikan kepada ALtimet.

Pada Mac 2016, Altimet telah pergi mengelilingi dunia bersama kumpulan kugirannya yang di beri nama Altimet & The Kawan Band yang bermula di London, England dan berakhir di Austin, Texas, menghadiri acara yang diiktiraf dunia, Festival dan Persidangan SXSW dan mereka adalah wakil tunggal dari Malaysia untuk membuat persembahan di acara yang dihormati pada tahun ini.
@altimet @altimet facebook.com/altimetonline

Mengenai SonaOne

SonaOne, berdarah kacukan Perancis-Malaysia, merupakan seorang MC, penerbit, penulis lirik dan artis graffiti. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia kreatif ini dengan berjinak-jinak dengan cat sembur, meninggalkan hasil nukilan beliau di tembok-tembok sekitar kotaraya. Nama beliau dikenali sebagai artis graffiti pada usia seawal 12 tahun. Di usia 15 tahun, SonaOne telah mula menjadi seorang komposer lagu dan membantu rakan-rakan beliau menghasilkan muzik mereka. Bakat SonaOne yang masih mentah ini mendapat perhatian daripada Joe Flizzow, dan beliau menyertai keluarga Kartel secara rasminya pada tahun 2010. Sejak dari itu, SonaOne tidak lagi menoleh ke belakang dan terus bekerja keras dalam mengembangkan lagi bakat beliau dalam industri muzik ini. Beliau menghasilkan 4 ‘mixtapes’ yang mendapat lebih daripada sejuta muat-turun. Penglibatan beliau dalam lagu-lagu seperti “Who Do It Better”, “Havoc” dan “Apa Khabar” bukan sahaja telah membuka mata para pendengar, malah telah mendapat penghormatan yang tinggi dari rakan-rakan seperjuangan. SonaOne menempa nama dalam sejarah muzik di Malaysia apabila “single pertama beliau “No More” bukan sahaja merangkul anugerah “Lagu Inggeris Terbaik” di AIM 21, malahan berjaya meraih anugerah “Lagu Terbaik Tahunan”, menjadi lagu Inggeris dan genre hip-hop yang pertama diberi penghormatan sebegini selama tempoh 21 tahun AIM diadakan.
@itssonaone @itssonaone facebook.com/itssonaone

Mengenai Faizal Tahir

Faizal Tahir merupakan penyanyi-penulis lagu-produser. Beliau juga adalah pengasas dan pemilik “Faithful Music”, sebuah label rakaman butik yang membawakan Elizabeth Tan, Hanie Soraya, Harris Baba dan Aziz Harun sebagai artis di bawah naungan sayap mereka.

Kerjaya Faizal bermula pada 2006 apabila beliau menyertai rancangan realiti ‘One in a Million’. Biarpun hanya berjaya meraih tempat kedua, beliau telah bangkit dengan cepat sehingga dikenali umum. Album terawal beliau yang berjudul ‘Aku.Muzik.Kamu’ telah meraih pelbagai anugerah termasuk Anugerah ERA, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik and Anugerah Juara Lagu. Anugerah yang telah dimenangi di Anugerah Industri Muzik antaranya seperti, Vokal Terbaik, Penyanyi Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik.

Baru-baru ini Faizal telah membawa pulang kedua-dua anugerah “Best APM Song” dan “Best Malaysian Song” di Anugerah Planet Muzik 2015 untuk single nombor satunya, “Assalamualaikum”. Di sepanjang perjalanan kerjaya Faizal yang dipenuhi suka dan duka, belia telah merakamkan tiga album studio, di mana tidak terkira banyaknya lagu yg menjadi pilihan utama di carta lagu. Tanpa aral yang melintang, dijangkakan album keempat beliau akan dilancarkan pada Oktober 2016 ini.
Selain dalam bidang muzik, Faizal turut bergiat aktif menyertai aktiviti kerja-kerja amal dan sering menganjur acara kebajikannya sendiri di bawah pergerakan ‘i AM FAITHMEN’.
@faizal_tahir @faizal_tahir facebook.com/faizaltahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Voice Season 11: The Biggest & The Best Battleground Ever

Lirik Lagu NEGARAKU Joe Flizzow, Altimet, Sonaone & Faizal Tahir