in , ,

Neelofa Redha Menjadi Isteri Ketiga Dalam WAN EMBONG

Aktres jelita tanahair iaitu Neelofa, kini bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan! Sejauh manakah kebenaran cerita ini? Semuanya terjawab dalam Cerekarama ‘Wan Embong’ yang bakal disiarkan pada Sabtu ini, 21 November 2015, jam 9.00 malam menerusi TV3.

Telefilem ‘Wan Embong yang merupakan drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, dibawah arahan Amie Maziah, akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As’ari, dan Izreen Azminda.

Untitled

Ianya mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Untuk mengetahui kesudahan cerita yang penuh tragis ini, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan telefilem ‘Wan Embong’ yang akan menemui penonton semua dalam slot Cerekarama, Sabtu, 21 November 2015 pada jam 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Picnic di TLC Festival Malaysia di Setia City Park

Lagu MILLION YEARS AGO Adele Iras Lagu Melayu 90-an