in , ,

Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto & Video di Instagram, Rupanya Ini Sebabnya

Selepas mengambil keputusan untuk berhijrah pada 15 Oktober lalu, selebriti terkenal Noor Neelofa dilihat telah memadam hampir 4,000 perkongsian foto dan video yang membabitkan dirinya dalam acara hiburan menerusi laman Instagram miliknya.

Antara perkongsian yang dipadam oleh usahawan berusia 31 tahun itu termasuklah foto semasa menghadiri beberapa acara fesyen dan memperagakan koleksi busana mewah antarabangsa daripada pereka-pereka terkenal.

Malah, Neelofa turut dilihat memadam status bio ‘Actress & TV Host’ pada akaun Instagramnya.

Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto di Instagram, Rupanya Ini Sebabnya

Menjengah akaun Instagramnya, Neelofa hanya mengekalkan foto-foto kenangan ketika berada di Tanah Suci Mekah bersama keluarga dan berkaitan dakwah.

Setakat ini, akaun Instagram Neelofa hanya mempunyai 2,648 muat naik berbanding sebelumnya iaitu lebih daripada 7,000 perkongsian.

Terdahulu, Neelofa telah mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan selebriti apabila memutuskan untuk berpurdah sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sedang menunggu hari bahagia apabila telah dirisik oleh keluarga lelaki pilihan hatinya, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, pada 2 November lalu.

Difahamkan, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan.

Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto & Video di Instagram, Rupanya Ini Sebabnya
Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto & Video di Instagram, Rupanya Ini Sebabnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Revolusi Muzik Malaysia Sebelum Era Covid-19 Yang Ramai Netizen Tak Tahu

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia