in , ,

Neelofa Hanya Tumpangkan Peguamnya Dari Balai Polis Ke Mahkamah Bersebelahan Dengan Jarak Sekitar 50 Meter

Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menegaskan dia tidak menaiki kenderaan yang sama bersama peguamnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jelas Neelofa, dia hanya menumpangkan peguamnya, Zahiril ke mahkamah yang terletak bersebelahan dengan IPD Seremban.

“Kami hanya menumpangkan beliau dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. 

“Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan yang sama,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikongsi Facebook miliknya.

Sebelum ini ada netizen yang mempertikaikan Neelofa melanggar SOP dengan berada empat orang di dalam satu kereta.

Neelofa berkata, pihaknya telah menghubungi IPD Seremban dan mereka sudah sedia maklum mengenai perkara berkenaan.

Ujarnya, dia dan PU Riz serta pemandunya pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri, manakala peguamnya pulang ke kediaman dengan memandu kenderaannya.

“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau dari luar balai polis,” ujarnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapat Membantu Merawat Penyakit Ekzema, Ini Fakta Tentang Produk SAAPU

47 Parah, 166 Cedera Ringan LRT Bertembung Berhampiran Stesen KLCC