in , ,

Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900

Di media sosial, hampir setiap perkara dilakukan oleh keluarga yang dilabel ‘Kardashian Kelantan’ ini pasti meraih tumpuan orang ramai. Terbaru, tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa menghadiahkan sebuah set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila menjadi bualan warganet di laman Twitter.

Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila. Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.

Ini kerana seorang pengguna @dylawok memuat naik sebuah tangkapan skrin daripada InstaStory milik Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada Neelofa atas pemberian hadiah tersebut.

Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900

Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

Menurut @dylawok, dia berminat selepas melihat set seterika itu sebelum melakukan pencarian harga di internet. Bagaimanapun, gadis itu terkejut apabila mengetahui harga barangan tersebut yang dianggarkan kira-kira RM12,900.

Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900
“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron ni macam best. Gigih google nak beli jugak, sekali tengok harga dia mampu berhuhuhahahuhuuuuuu je lah,” tulisnya.
Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900

Posting berkenaan mendapat reaksi netizen apabila rata-rata mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika itu yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900

“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?

“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.

Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.

Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.

Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

“Keluar dari Islam, Itu Lebih Afdal,” Sajat Mengaku Keluar Islam, Salah Siapa?

Awal Ashaari & Elly Mazlein Selaku Pengacara, Diskusi Berani Isu Tabu Dalam BORAK KELAMIN