in

NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!

NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!

Petaling Jaya, 21 Oktober 2008 – Khusus buat rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu, TV3 mempersembahkan rantaian program menarik santapan istimewa sempena perayaan Deepavali. Bagi penggemar Slot Panggung Sabtu khususnya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem Ramji Londonwaley pada hari Sabtu, 25 Oktober 2008, jam 2.00 petang yang diterajui oleh bintang utama, Madhavan dan Samita Bangargi.

Ramji Londonwaley mengisahkan mengenai pemuda kampung bernama Ramji yang mempunyai kehebatan di dalam bidang masakan. Walaupun dia buta huruf dan sering menjadi bahan ketawa kerana keletahnya namun dia disenangi ramai kerana sikapnya yang baik hati. Kisah hidupnya menjadi kacau bilau apabila dia terpaksa berhijrah ke London untuk bekerja demi mencari mas kahwin (dowry) untuk perkahwinan kakaknya.

Setibanya di sana, dia mendapati tiada pekerjaan yang disediakan seperti yang telah dijanjikan! Lebih malang lagi, apabila dia kehilangan segala barangan yang dibawanya bersama termasuklah visa dan pasport. Kesusahannya bertimpa apabila Pegawai Imigresen tidak mahu melepaskannya pulang ke India kerana dia tidak memiliki sebarang dokumen peribadi yang sah. Maka, terjadilah satu pakatan sulit demi untuk memboloskan dirinya dari kemelut itu. Apakah yang sebenarnya terjadi?

Program khusus untuk kaum wanita, Nona yang disiarkan pada hari Ahad, 26 Oktober 2008, jam 2.00 petang menyediakan intipati menarik sempena Deepavali dengan menjalankan pengambaran dari Temple of Fine Arts, Jalan Brickfields untuk membawa penonton mendalami seni tari budaya bangsa India. Turut memaparkan, persiapan serta kelaianan Deepavali yang dijanjikan kali ini semestinya menjadi iltizam dan semangat baru buat selebriti tanah air seperti Puspha Narayan, Kanchana Devi dan bintang program realiti, Ash Nair.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Kids Voice Out School Attack

Gambar Nuh Hujan di Showcase Hujan Planet Hollywood