in ,

Najwa Latif Dekati Peminat Dengan Single Berjudul JAUH

Biarpun sibuk dengan pengajiannya, Najwa Latif masih punya ruang masa untuk para peminatnya. Bagi mengisi kalendar kerjaya tahun 2018, Najwa Latif muncul dengan single terbaharu berjudul “Jauh”.

Masih berkonsepkan pop, lagu terbaharu ini merupakan gandingan karya antara beliau dan Ika Latif, seorang penulis lirik yang tidak asing lagi dalam lagu-lagu ciptaan Najwa Latif sendiri.

Sebaik sahaja muzik video rasmi “Jauh” dilancarkan di Youtube, pelbagai reaksi yang diterima oleh Najwa. Malah ada sebilangan komentar membuat andaian yang lagu Jauh itu mengisahkan tentang kisah peribadi beliau.

“Lagu Jauh ini tiada kena mengena dengan cerita peribadi saya. Ia hanyalah situasi rindu ketika berjauhan yang mungkin semua orang pernah alami. Terpulang pada para pendengar untuk mentafsirkan “jauh” dari sudut individu itu sendiri.”

– Najwa Latif

Najwa Latif masih merangka strategi bagi mempromosikan “Jauh” ke seluruh negara.

Beliau mengharapkan agar lagu baharu ini dapat menyerlahkan kematangan beliau dalam penciptaan lagu seiring dengan usia penglibatan beliau di dalam industri seni ini.

“Setelah 7 tahun berkecimpung dalam penggubahan lagu, saya mahu dewasa bersama karya-karya saya. Saya akan terus belajar sedikit demi sedikit bagi memenuhi halwa telinga para peminat.”

“Saya juga mengharapkan agar lagu “Jauh” akan berada dekat di hati anda semua.”

– Najwa Latif

Video muzik rasmi Jauh sudah boleh ditonton di saluran Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi Sibuk Buat Lagu Kahwin Pulak?

Penyanyi Taiwan Hebe Tien Kini Duta Terbaru OPPO F7