in ,

NAELOFAR Lancar Koleksi Hijab Eksklusif MAJESTIC LOVE

ZALORA, Asia Destinasi Fesyen atas Talian di Asia, bekerjasama dengan Naelofar Hijab, baru-baru ini melancarkan koleksi tudung mereka, Naelofar for ZALORA. Koleksi ini telah dilancarkan dengan menampilkan tutorial hijab dan pameran fesyen, juga dengan kerjasama Lifebuoy, yang telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur pada hari ini.

Eksklusif untuk Raya 2015, koleksi sulung yang dipanggil ‘Majestic Love’, mempunyai pilihan yang menarik seperti selendang yang diinspirasi daripada keindahan cinta dan kasih saying. Koleksi tudung tersebut diperbuat daripada unsur-unsur lembut dan keras dan menampilkan rekaan instant shawl atau selendang segera dengan elemen bunga kulit dan kristal Swarovski. Terdapat 24 warna yang merangkumi pilihan warna pastel, warna gelap dan warna terang.

02 - Naelofar for ZALORA

Jenama Popular Bergabung dengan Destinasi Fesyen Atas Talian untuk Koleksi Hijab Eksklusif

Peneraju fesyen tudung terkemuka di Malaysia, Naelofar Hijab telah berkembang pesat di bawah naungan pengasasnya, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa. Kerjasama dengan ZALORA ini akan membolehkan jenama tersebut lebih dikenali dalam pasaran atas talian dan mempunyai potensi yang lebih luas untuk lebih terdedah kepada para pelanggan.

07 - Naelofar for ZALORA

“Kami mahu lebih dikenali dikalangan para pelanggan dan kerana itu, reputasi cemerlang ZALORA destinasi fesyen dikalangan penggemar fesyen merupakan sebab utama kami mengadakan usahasama ini,” kata Neelofa.

“Koleksi Majestic Love ini berkisarkan tentang kemegahan dan keanggunan. Kami mahu ia tampil bergaya, elegan, serta kami juga menggunakan perincian yang ringkas. Namun, kami juga memberikan sedikit sentuhan tambahan dengan menggunakan kulit untuk motif bunga dan bukannya kain lembut biasa,” jelas Neelofa.

Koleksi ini merupakan inisiatif ZALORA untuk membawakan fesyen Muslimah yang terbaik kepada pelanggan yang dihargai.

“Kami amat gembira untuk melancarkan koleksi baru Naelofar untuk ZALORA. ZALORA sentiasa berusaha untuk membawakan fesyen Muslimah terkini untuk wanita Malaysia dan koleksi Naelofar ‘Majestic Love’ ini pasti memenuhi citarasa para hijabista di luar sana,” kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia, Giulio Xiloyannis.

Lifebuoy merupakan salah satu penaja rasmi koleksi ini. Sebagai sabun kesihatan terkemuka di dunia, Lifebuoy mensasarkan untuk membawa perubahan dengan mewujudkan produk kebersihan yang mudah diakses dan menggalakkan tabiat kebersihan yang sihat. Untuk kerjasama ini khususnya, Lifebuoy meraikan detik pertama wanita memakai hijab dengan menyokong kepentingan kebersihan ketika memakai hijab. Bagi mengukuhkan lagi inisiatif ini, Lifebuoy akan memberikan 100 pasang tudung Naelofar for ZALORA pada musim Ramadan ini kepada para ibu dan kanak-kanak. Untuk memenangi tudung ini, mereka hanya perlu mengambil gambar dengan anak masing-masing dengan hashtag #DetikPertamaLifebuoy.

“Semasa saya mula-mula memakai tudung, ia adalah detik yang amat istimewa bagi saya. Saya berasa lebih sempurna dan benar-benar selesa dengan pendirian baru saya. Walau bagaimanapun, penukaran penampilan saya mengambil sedikit penyesuaian. Maklumlah, dengan cuaca Malaysia dan jadual yang sibuk, saya sedar betapa pentingnya untuk mengekalkan keselesaan peribadi dan kebersihan umum. Oleh itu, saya menyokong penuh inisiatif Lifebuoy untuk memastikan semua orang berasa segar, bersih, dan cergas sepanjang hari,” ujar Neelofa.

Noor Neelofa mengasaskan Naelofar Hijab pada September 2014. Didorong oleh transformasi peribadinya sendiri dan semangat besar beliau dalam bidang fesyen, beliau melancarkan Naelofar Hijab untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal dan bergaya untuk wanita Muslim moden. Koleksi Naelofar untuk ZALORA boleh didapati di ZALORA.com.my bermula 11 Jun, khusus untuk para hijabistas di seluruh Malaysia untuk berpeluang memiliki hijab keluaran Naelofar sempena musim Raya ini.

01 - Naelofar for ZALORA

03 - Naelofar for ZALORA-001

04 - Naelofar for ZALORA

05 - Naelofar for ZALORA

06 - Naelofar for ZALORA

Mengenai ZALORA

ZALORA, Destinasi Fesyen atas Talian di Asia, ditubuhkan pada awal tahun 2012. Dengan kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Brunei, laman sesawang ZALORA menawarkan koleksi lebih daripada 600 jenama utama antarabangsa dan tempatan dan lebih daripada 30,000 produk merangkumi pakaian, kasut, aksesori, dan produk kecantikan untuk lelaki dan wanita. Menawarkan tiga puluh hari polisi pulangan percuma, penghantaran cepat dalam masa 2-3 hari bekerja, penghantaran percuma atas perbelanjaan tertentu, dan pelbagai kaedah pembayaran bayar waktu terima ketika penghantaran, ZALORA adalah destinasi membeli-belah atas talian dengan kemungkinan fesyen yang tidak berkesudahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zalora.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 Kembali Ramadan Ini

Zoey Rahman Lancar Koleksi Baju Raya IMBAS By Zawara