in

Siapa Sebenarnya Nadia Adha?

Nadia Adha atau nama sebenarnya Nadia Adha binti Mohd Abid merupakan artis naungan Nuansa Music yang telah dicungkil bakatnya oleh komposer Ali Hanafi dari laman sosial youtube. Gadis yang berusia 24 tahun ini merupakan anak sulung daripada dua beradik dan merupakan anak kepada penyanyi kumpulan Wheels yang popular di era 80an.

[pullquote]Nadia Adha memulakan kariernya nyanyian seawal usia 5 tahun. Anak gadis yang dibesarkan di Melaka ini masih menuntut di Open University Malaysia dalam bidang Penjagaan Awal Kanak-kanak.[/pullquote]

Semenjak di bangku sekolah, gadis ini telah banyak membuat persembahan dan mewakili sekolah serta negeri Melaka dalam pelbagai acara. Antaranya ialah Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia dan Konsert di-Raja. Gadis ini juga telah banyak membuat persembahan untuk majlis-majlis tertutup, PDRM dan majlis-majlis koporat. Selain daripada itu, beliau pernah menjadi finalis dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional pada tahun 2007.

Minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian ini telah mendapat dorongan penuh daripada ahli keluarganya. Di masa ini, gadis ini aktif membuat persembahan bersama ayahnya, Abid Wheels di hotel-hotel, cafe sekitar Melaka dan Bangsar. Mengakui meminati genre jazz dan pop balada sebagai halwa telinga, Nadia Adha mengagumi kehandalan dan keunikan suara penyanyi-penyanyi seperti Ella Fitzgerald, Louis Armstrong dan juga Anuar zain sebagai idola nyayian gadis yang berasal dari Melaka ini.

Memilih genre pop sebagai pembukaan tirai kerjaya seninya , Nadia Adha kini akan muncul dengan single pertamanya taruhan Ali Hanafi yang berjudul Miliki Cintanya. Lagu ini juga adalah merupakan soundtrack drama bersiri yang berjudul Yes Boss di mana drama bersiri ini mempertaruhkan pelakon ternama seperti Fahrin Ahmad dan juga Emma Maembong sebagai watak utama di dalam drama ini. Dengan harapan. kemunculannya di arena ini diterima oleh semua golongan masyarakat dan dapat mengenengahkan lagi bakat yang ada dalam dirinya.

Nadia Adha

Nadia Adha

Nadia Adha Perkenal Lagu Miliki Cintanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Che Ta Mahu Hadiahkan Anak BMW X6

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis White Trilogy