in , ,

Nabila Razali Terharu Lebih 1000 ‘Cover’ Lagu PELUANG KEDUA

Nabila Razali terharu lebih 1000 ‘cover’ lagu Peluang Kedua sebelum dilancarkan secara rasmi.

Selepas berjaya dengan lagu Pematah Hati dan Vroom Vroom, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single kelimanya berjudul Peluang Kedua. Lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini ini memberi kelainan apabila menyerlahkan sisi lain Nabila menerusi genre balada. 

Menariknya lagu itu sudah mendapat lebih 1000 ‘cover’ di semua laman sosial sebelum ia dilancarkan secara rasmi Khamis ini. 

“Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan kami berjaya melalui proses pembikinan lagu ini dengan baik. 

“Bagi saya lirik lagu ini sangat mendalam sehingga saya sendiri menangis ketika pertama kali mendengar demo daripada Hael. 

“Liriknya juga lebih dekat dengan hati masyarakat terutama yang sedang bercinta mahupun putus cinta,”

– Nabila Razali
Nabila Razali

Rangkap korus lagu Peluang Kedua tular di laman sosial selepas menjadi salah satu lagu tema untuk drama lakonannya Seindah Tujuh Warna Pelangi. 

Sementara itu, Nabila berkata, buat pertama kali lagu nyanyiannya ini akan dilancarkan secara rasmi di laman Youtube Nabila Razali Entertainment. 

“Saya juga baru sahaja membuat akaun Youtube sendiri dan akan melancarkan lagu itu secara rasmi di laman muzik tersebut. 

“Selain itu, saluran itu akan menjadi ruang untuk saya berkongsi aktiviti seni kepada peminat-peminat,”

– Nabila Razali

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses pembikinan lagu berkenaan termasuk penggambaran yang terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

“Banyak cabarannya dan saya pasti semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Selain masalah masa dan kesihatan yang tidak cukup rehat, penggambaran muzik video juga ditangguhkan kerana PKP. 

“Sepatutnya penggambaran muzik video berlangsung pada 20 Mac lalu tapi arahan kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac membuatkan muzik video itu tertangguh,”

– Nabila Razali
Nabila Razali

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang ingin membetulkan kesilapan dalam hubungan dan meminta untuk diberikan peluang kedua.

Nabila berharap buah tangannya kali ini memberi impak dan dihargai oleh peminat-peminat.

Peluang Kedua akan tersedia di semua pelantar muzik digital dan boleh distrim di Spotify, Joox, KKBOX, YouTube dan Apple Music bermula 24 April ini.

Listen to her new lyric video : https://youtu.be/rr6yFeDh2Pw

Nabila Razali

Lirik PELUANG KEDUA

Sepi 
Menghukum Diri kembali 
Untuk Mengalirkan air mata 
Tanpa Henti 
Lagi 

Sepi 
Menghasut Diri kembali 
Untuk Memikirkan tentang kita 
Tanpa Henti 
Lagi 

Dan Tiada 
Salah Darimu mengingatkanku 
Bila Ku tak sempurna 
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna 
Di Matamu hanya aku 

Maaf Andai kau terluka 
Maaf Ku tak sengaja 
Tanpa Sedar 
Sakitimu 
Sesalku 

Maaf Kerna aku pun terluka 
Pintaku Hanya 
Peluang Kedua 
Rasa Cinta darimu 

Dan Tiada 
Salah Darimu mengingatkanku 
Bila Ku tak sempurna 
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna 
Di Matamu hanya aku 

Dan Andai terbuka hatimu 
Ku Di sini menunggu dan terus menunggu 
Dirimu 
Kembalilah Sayang 
Kepadaku 

Maaf Andai kau terluka 
Maaf Ku tak sengaja 
Tanpa Sedar 
Sakitimu 
Sesalku 

Maaf 
Kerna Aku pun terluka 
Pintaku Hanya 
Peluang Kedua 
Rasa Cinta 
Darimu 

Rasa Cinta 
Rasa Cinta 
Darimu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genap Sebulan Perintah Kawalan Pergerakan, Ini Perubahan Yang Ketara Berlaku

Covid-19: Lagu Sindir Kluster Kayangan, Drama Band Tak Takut Dikecam