in , ,

Berkongsi Nombor Telefon Peribadi, Nabila Razali Cuba Meniru Ali Gatie

Penyanyi dan juga pelakon yang bernama Nabila Razali menyangkal dakwaan cuba meniru cara penghibur antarabangsa, Ali Gatie yang terlebih dahulu mendedahkan nombor telefon peribadinya kepada peminat di Malaysia menerusi platform Twitter pada awal Mac lalu.

Nabila ketika dihubungi berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berkongsi nombor telefon peribadinya kepada peminat semalam, namun tidak mengetahui niat utama Ali. Menurut Nabila, dia teruja dengan sambutan luar biasa terhadap lagu barunya itu dan mengakui telefon bimbitnya tidak henti berdering dan dihujani mesej di WhatsApp.

Nabila Razali

“Berkongsi nombor peribadi di laman sosial bukan satu ‘trademark’. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, sama seperti saya yang berkongsi nombor telefon apabila jumlah tontonan lirik video Peluang Kedua mencecah satu juta tontonan di YouTube.

“Itu adalah janji saya kepada peminat di laman sosial jika lagu itu berjaya mencapai sasaran 1 juta tontonan pada hari kedua dilancarkan.

Sejujurnya, saya tidak tahu menahu tentang ada artis lain turut melakukan tindakan sama hingga ada netizen yang maklumkannya di laman sosial. Bagi saya, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tujuan promosi.

“Lagipun ramai yang tahu saya dan pihak pengurusan sentiasa mencari idea kreatif untuk mempromosikan setiap lagu baru dilancarkan. Saya tak rasa apa yang dibuat ini satu kesalahan atau meniru sesiapa.

“Memandangkan kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya kira ini adalah idea efektif untuk mempromosikan lagu baru kepada peminat.

Saya juga tidak boleh keluar untuk aktiviti promosi di radio atau televisyen. Jadi ini salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat,”

“Sehingga kini saya menerima lebih 35,000 ribu mesej di WhatsApp. Saya sendiri terkejut dengan maklum balas positif peminat terhadap lagu Peluang Kedua ini.

“Buat masa ini, saya hanya sempat menjawab beberapa panggilan telefon apabila mereka meminta saya sendiri menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung. Baru saja letak telefon, sudah ada panggilan baru.

“Belum lagi mesej yang menderu masuk sehingga telefon bimbit saya tersekat. Namun saya akan cuba melayan mesej yang masuk itu.

Paling melucukan ada juga peminat yang mencipta kumpulan WhatsApp supaya saya dapat berinteraksi dengan keluarga serta rakan mereka.

“Apapun saya sangat gembira dan tak sangka dengan maklum balas luar biasa seperti ini,” katanya.

– Nabila Razali

Terdahulu Nabila membuat pengumuman mengejut di laman Instagram miliknya apabila bakal berkongsi nombor telefon peribadi jika lirik video lagu Peluang Kedua berjaya mencapai satu juta tontonan pada hari kedua pelancaran.

Sehingga kini lirik video lagu Peluang Kedua di YouTube sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan. Lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini itu turut mendapat lebih 1000 nyanyian semula (cover) sebelum dilancarkan secara rasmi pada Khamis lalu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: JAWI Laksana Akad Nikah Secara Online Pertama Di Malaysia

Derma Dengan Ikhlas: Memupuk Niat Bersedekah Pada Bulan Ramadan