in ,

Nabila Huda Minta Maaf Isu Waroeng Isabella Hambar

Berang dengan dakwaan seorang netizen tentang gerai makan miliknya, Waroeng Isabella yang disifatkan hambar, Nabila Huda dilaporkan memohon maaf tetapi atas isu keterlanjuran katanya.

Walaupun pada mula kecewa apabila gerai makan kepunyaan pelakon filem Munafik itu atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 34, diburukkan menerusi sosial media atas alasan servis lambat dan dilabel indah khabar daripada rupa, aktres itu tetap membuat permohonan maaf.

Nabila Huda

“Saya minta maaf dengan kelemahan servis tidak seperti jangkaan. Saya akan cuba perbaiki. Saya minta maaf kerana pelanggan yang berdepan pengalaman buruk ketika datang ke kedai makan milik saya.

“Dari semua yang datang. Dua pertiga sahaja yang berdepan masalah,”

– Nabila Huda

Terdahulu, Nabila berang apabila seorang pengguna Twitter mendakwa kedai makan miliknya sebagai hambar apabila terpaksa menunggu agak lama sebelum dijamu.

“Makanan Waroeng Isabella hambar. Tunggu dua jam, tapi biasa (mediocre). Pengalaman saya di sana sangat buruk,”

– Pengguna Twitter
nabila-huda-marah

Nabila kemudian membalas:

“Hambar ke? Ikan gurami ini punya besar harga RM15 kata hambar. Jangkaan anda bagaimana? Ikan Gurami itu terbang terus ke meja apabila sudah dibayar?

“Anda harap ada orang suapkan ikan itu,”

– Nabila Huda

Nabila kecewa apabila orang menyamakan servis gerai makan miliknya itu dengan restoran mewah.

Disebabkan komen tersebut, Nabila menerima kecaman daripada kebanyakan netizen yang melabelnya sebagai tidak profesional dalam menjalankan perniagaan berkaitan perkhidmatan luar makanan dan minuman.

Waroeng Isabella diusahakan Nabila bersama suaminya, Mohd. Izwan Johar yang dibuka di Rasta TTDI Kuala Lumpur. Antara menu dijual di gerai itu ialah Nasi Ikan Gurami dan Ayam Taliwang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Resepi Malaysia-Brunei Dalam EKSPLORASA 2

Siapakah Juara Maharaja Lawak Mega 2018?