in , ,

Dituduh Mohon Maaf Sambil Sindir Netizen, Nabil Ahmad Buka Mulut

PERMOHONAN maaf secara terbuka pelawak Nabil Ahmad berkaitan isu bantuan anak seni dikatakan tidak ikhlas dan berniat untuk menyindir netizen.

Dalam pada itu, Nabil berkata, apa yang dilakukan itu tidak kurang seperti teguran yang dilakukan netizen terhadap golongan artis yang lebih berniat memalukan. Nabil menerusi laman Intagram turut memuat naik paparan skrin seorang individu yang menegur permohonan maaf tersebut dilihat seperti menyindir netizen.

Nabil ahmad

Sebelum ini, Nabil menerusi siaran Instagram live bersama Neelofa menyokong pandangan penyanyi Black yang memohon bantuan kerajaan untuk penggiat seni ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tindakan itu menimbulkan rasa marah netizen yang menyerang pelawak itu dengan kata-kata kesat di laman sosial.

Nabil ahmad

Pada Selasa lalu, Nabil memuat naik video permohonan maaf dan menyifatkan netizen sedang meraikan kemenangan itu. Dalam pada itu, Nabil berkata, dia masih dirinya yang dahulu dan mencari rezeki untuk menanggung keluarga serta ibu bapa di kampung.

Nabil Ahmad bagaimanapun berharap agar semua pengguna media sosial untuk menghentikan hal atau isu yang negatif ini dan saling berdoa agar pandemik COVID-19 berjaya dihapuskan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yayasan AirAsia Lancar Tabung Bantuan Digital Bantu Komuniti Yang Memerlukan

Zarina Anjulie Ajak Orang Ramai Menyokong Bisnes Artis Veteran