in ,

Nabil Ahmad Terjejas Pendapatan Ratusan Ribu Akibat Covid-19

PENGACARA Nabil Ahmad terpaksa berdepan kerugian ratusan ribu apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat Covid-19.

Nabil berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa oleh kerajaan, tawaran membuat persembahan dari Mac lalu sehingga Disember depan, dibatalkan pihak penganjur.

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Malah, pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara hiburan dari Mac hingga Disember, semua dibatalkan.

“Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian yang harus saya tanggung membabitkan ratusan ribu ringgit.

Namun, mujurlah kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium, sekurang-kurangnya tidaklah memberi beban untuk saya melunaskan komitmen,”

– Nabil Ahmad

Menurut Nabil lagi, akibat berdepan cabaran ekonomi sepanjang PKP, dua pekerja syarikat produksinya terpaksa dihentikan perkhidmatan.

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak bekerja semula.

“Sekarang ini, syarikat produksi saya ada seorang pekerja sahaja untuk memantau kerja yang tertangguh. Namun, Insya-Allah kita doakan semoga ekonomi negara semakin stabil,” katanya.

– Nabil Ahmad

Tambah Nabil, dia bersyukur banyak jenama tampil menjalin kerjasama dengannya seperti produk wangian, Sugarbomb sehingga dapat menjana pendapatan.

“Saya bersyukur kerjasama ini membuka jalan kepada kawan-kawan untuk berniaga. Ramai sebenarnya, di antara mereka bergantung kepada perniagaan runcit ini.

“Justeru, apabila dapat menjana pendapatan sendiri, tidaklah mereka perlu meminjam wang,” katanya yang dilantik sebagai duta produk wangian bersama Achey.

– Nabil Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

“Kenapa Ramai Perempuan Suka Lelaki Kaya?” – Saiful Nang

Bekas Teman Lelaki Alya Iman Rayu Hentikan Tohmahan & Fitnah