in

MyTV3 Day Out di Sunway Lagoon Sangat FUN

800 AHLI DIRAIKAN DALAM
‘MyTV3 DAY OUT’ DI SUNWAY LAGOON

Hadiah terbaik bagi ahli-ahli MyTV3 dalam menyambut Tahun Baru 2011! Seramai 800 orang ahli telah dijemput secara eksklusif untuk memeriahkan program ‘MyTV3 Day Out’ di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad lalu (2 Januari 2011) untuk menjalankan aktiviti beriadah bersama MyTV3 Roverz dan pengacara MyTV3, Aidid Marcello. MyTV3 Day Out berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli MyTV3 yang datang dari serata Malaysia di samping menggalakkan pendaftaran ahli baru bagi menikmati pelbagai faedah yang disediakan.

MyTV3 Day Out

Sesi pendaftaran yang bermula pada jam 9.00pagi telah menerima kunjungan ahli-ahli MyTV3 yang kelihatan ceria dan tidak sabar untuk memulakan aktiviti-aktiviti di Surf Beach, Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti senamrobik oleh LeeLeesm Dancers, beach soccer, water volleyball, persembahan nyanyian oleh Idola Kecil 3 (Puteri, Harris dan Hadi), persembahan magik oleh Shahril Fuiyoo!, cabutan bertuah, telematch dan banyak lagi. Selain itu, 30 ahli MyTV3 yang telah menang dalam acara telematch, beach soccer dan water volleyball berpeluang untuk mencuba aktiviti baru yang menjadi tarikan baru di Sunway Lagoon iaitu Bungy Jump dan Go Kart. MyTV3 juga mengambil kesempatan ini untuk membuat kejutan untuk ahli-ahli yang menyambut harijadi pada bulan Januari.

Program MyTV3 Day Out turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Maria Tunku Sabri, Azura ( Hos Remaja), E’One (Hos Remaja), Faizul, Dedeq, Fazreen Rafi, Munir, Danny X Factor, adik Mia Sara, Comel Farhana, Shajiry serta penampilan watak kartun yang popular, Upin dan Ipin. Berikutan dengan acara Day Out yang menerima sambutan yang amat menggalakan pada kali pertama diadakan, MyTV3 juga merancang untuk mengadakan ‘MyTV3 Day Out’ di negeri-negeri pada masa depan supaya lebih ramai ahli yang akan menerima manfaat.

Bermula tahun 2004, penubuhan kelab keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3. Jumlah keahlian My TV3 telah mencecah satu juta orang pada masa kini. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka, MyTV3 telah mengadakan “Day Out” yang padat dengan aktiviti menarik bagi meraikan ahli-ahlinya.

telematch

Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh dan School Attack, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia khususnya ahli-ahli MyTV3.

Selain itu, kaspul 2 minit MyTV3 telah berwajah baru dengan kelahiran program 30minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6.00petang. Lebih padat dengan perisian (aktiviti-aktiviti) baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyROVERZ dan MyZONE. Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. Malahan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan mingguan.

Krew penerbitan program MyTV3 diketuai oleh Aidid Marcello selaku Penerbit Eksekutif merangkap pengacara, Faizal Affendy Roos Affendy selaku Penerbit dan dibantu oleh Roziela Rusli. Teruskan sokongan anda kepada program keahlian MyTV3 dan jangan lupa untuk mengikuti siaran program MyTV3 setiap hari Ahad jam 6.00petang di TV3.

Sebarang maklum balas, sila hubungi talian MyTV3 03-77242485, melalui laman social Facebook www.facebook.com/mytv3 atau emel kepada [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

American Pickers New Series

Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly