in

Siapa Pemenang MY KIDS AWARDS 2011

TV3 KIDS ANJUR MAJLIS ANUGERAH BINTANG CILIK PERTAMA MALAYSIA!

Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia mereka. Sebut sahaja nama-nama seperti Fimie Don, Mia Sara Nasuha, Elfira Loy, Erin Malek pastinya semua amat mengenali bintang-bintang muda ini kerana bakat lakonan yang menyerlah serta impak yang dirasakan menerusi setiap drama mahupun filem yang dilakonkan. Mengambil kira peranan besar dan bakat bintang-bintang muda kita, TV3 dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah acara penganugerahan istimewa, “MY KIDS AWARDS”, yang julung-julung kalinya bakal diadakan di Malaysia!

Majlis ini akan bersiaran secara langsung dari Sunway Lagoon Amphitheater, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada 24 September 2011 (Sabtu) bermula dari jam 5.30petang hingga 7.00malam.

1

Bukan sahaja sebagai pencetus semangat berkat usaha gigih yang dipamerkan oleh adik-adik kita yang beraksi di kaca TV, visi utama MY KIDS AWARDS adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni cilik yang berbakat, pintar dan mempunyai potensi besar di dalam industri seni tanah air, khususnya di dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia, terdapat 7 kategori yang dipertandingkan untuk MY KIDS AWARDS kali ini iaitu Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular, Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular, Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik, Watak Animasi Paling Comel, Pengacara Paling ‘Cool’ dan Program TV Paling Hebat. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam sehingga 30 Jun 2011.

MY KIDS AWARDS juga menampilkan 4 kategori khas iaitu Idola Terhebat, Atlit Idola, Pengacara Paling ‘Hot’ dan Artis Paling ‘Cool’ yang akan ditentukan juri yang dipilih melalui pencapaian luar biasa dan kejayaan individu yang tercalon dalam sesuatu bidang yang mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak.

Pemenang setiap kategori telah dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diterima menerusi laman web www.tv3.com.my/mykidsawards dan laman Facebook My-Kids-Awards-TV3-Kids di sepanjang tempoh undian yang telah bermula sejak 23 Mei dan berakhir pada 10 September 2011 lalu.

Selain daripada menyambut para pemenang, majlis penganugerahan ini akan diserikan lagi dengan persembahan yang menghiburkan dari Aizat, Harris (Idola Kecil 3), Dayana (Idola Kecil 2), Prince of Pop (P.O.P.), Caprice & Nik Irfan dan kumpulan tarian The Leeleesm yang akan membawakan lagu-lagu hits yang pastinya menjadi kegilaan adik-adik kita masa kini.

Menurut En. Mohd Azri Badri, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 Kids, “Penganjuran MY KIDS AWARDS boleh dilihat sebagai satu usaha untuk memberi pengiktirafan bakat dan pencapaian kanak-kanak dalam pelbagai bidang yang diceburi. Undian dan pemilihan ditentukan sepenuhnya oleh kanak-kanak di mana hanya mereka yang berumur 18 tahun ke bawah layak menyertai undian untuk MY KIDS AWARDS. Walaubagaimanapun, dua daripada anugerah yang dipertandingkan adalah terbuka kepada kanak-kanak dan golongan dewasa.”

“Di samping itu, penganjuran majlis ini bukan sahaja mampu menyuntik semangat dan impian ke dalam para artis kecil yang sedia ada, malah ia juga mampu menjadi inspirasi kepada para penonton khususnya kanak-kanak yang lain untuk menghargai bakat dan potensi yang mereka ada dengan menanamkan sikap ingin memajukan diri dan ingin belajar. MY KIDS AWARDS juga boleh dipandang sebagai satu inisiatif terbaru dari TV3 untuk memantapkan kualiti barisan pelapis di dalam industri seni tanah air, juga sebagai penanda ukur bagi tahap pencapaian artis kanak-kanak di negara ini,” tambah beliau.

MY KIDS AWARDS juga menampilkan gandingan dua personaliti dan pengacara popular remaja iaitu Alif Satar dan Zher Peen yang akan mengendalikan majlis selama satu jam setengah ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada TV3 Kids di [email protected].

Berikut merupakan senarai kategori MY KIDS AWARDS 2011:
1) Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular
2) Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular
3) Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik
4) Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik
5) Watak Animasi Paling Comel
6) Pengacara Paling ‘Cool’
7) Program TV Paling Hebat

Anugerah Khas MY KIDS AWARDS 2011:
1) Idola Terhebat
2) Atlit Idola
3) Pengacara Paling Hot
4) Artis Paling ‘Cool’

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan artis kanak-kanak kegemaran anda di samping berhibur dengan pelbagai aksi dan persembahan menarik di dalam majlis penganugerahan pertama buat bintang kecil di Malaysia, MY KIDS AWARDS, bersiaran secara langsung pada 24 September 2011 (Sabtu), jam 5.30petang, hanya di TV3!

MYKA Trophy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Brings Malaysia’s Fastest Mobile Broadband 42Mbps

Zarynn Min Cinta Nazim Othman Dalam Telemovie Sambal Ikan Bilis