in ,

MV JAGA-JAGA Amira Othman Cecah 1 Juta Tontonan dalam Masa 10 hari

Budiey nak ucapkan tahniah buat Amira dan Seventeen Eleven Music Sdn Bhd sebab berjaya menjadikan Muzik Video “Jaga-Jaga” – Amira Othman Cecah 1 Juta Tontonan dalam masa 10 hari! Wow!

Selepas kejayaan lagu Hati-Hati yang berjaya mencapai 8.6 juta tontonan, penyanyi dan pelakon Amira Othman kini tampil dengan single & muzik video terbaru “Jaga-Jaga”.

Amira Othman

MV JAGA-JAGA Amira Othman Cecah 1 Juta Tontonan dalam Masa 10 hari

[dropcap]M[/dropcap]uzik video ini juga telah mencapai membanggakan apabila mencecah 1 juta tontonan dalam masa 10 hari ia dimuat naik dilaman YouTube.

“Jaga-Jaga” merupakan single ke-3 Amira Othman selepas “Hati-Hati” dan “Sesaat Untukku”. Lagu ini hasil kolaborasi komposer Ezra Kong, Ayden Ali & Faizul Sany.

“Saya tidak menyangka lagu ini mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat. Memandangkan selepas lagu “Hati-Hati” saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari lagu baru kerana melodi lagu “Hati-Hati” yang terlalu kuat. Alhamdulillah rezeki saya dapat lagu “Jaga-Jaga” yang juga mempunyai melodi yang kuat dibantu pula dengan drama “Abang Bomba I Love You”.

“Jaga-Jaga mengekalkan konsep yang sama seperti lagu Hati-Hati iaitu Pop yang catchy dan mudah diterima pendengar.”

Muzik video ini hasil arahan Salahuddin Sharif dari Final Touch Production dan menjalani pengambaran selama 2 hari di Melaka.




Lagu edaran Seventeen Eleven Music Sdn Bhd ini juga merupakan lagu tema bagi drama Abang Bomba I Love You lakonan Amira bersama Hisyam Hamid yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Link YouTube :

MV JAGA-JAGA Amira Othman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mini Konsert Adibah Noor INTO THE 3RD DECADE

Pusingan Separuh Akhir SUPER SPONTAN SUPERSTAR Jumaat Ini