in ,

Sebab Netizen Puji Melambung Muzik Video SYINTA GILA

Selang beberapa minggu selepas melancarkan video lirik SYINTA GILA di Youtube, usahawan kosmetik bertaraf jutawan, Safiey Illias telah melancarkan muzik video rasmi.

Budiey ingatkan Safiey Illias akan dikecam bila mengeluarkan lagu. Gara-gara menerima komen dan like yang banyak, MV ini trending di Youtube.

Muzik Video SYINTA GILA - Safiey Illias

Netizen Puji Melambung Muzik Video SYINTA GILA

Berbeza dengan lagu BOBO DI MANA, lagu SYINTA GILA digemari oleh netizen. Ramai penonton Youtube menyukai lagu ini sebab irama lagu ini lebih ceria dan sedap didengar. Rata-rata cakap, lagu ni auh lebih sedap berbanding lagu nyanyian Datuk Sri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucintaluna.

Lagu ciptaan komposer dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Ressa Herlambang bersama Dito Hakim itu turut dinyanyikan semula (cover version) oleh penyanyi popular dan Smuler. Dengar sekali terus boleh layan. Senang nak melekat kat telinga.

Komen-komen positif boleh dibaca di ruangan komen MV SYINTA GILA di Youtube. Tak perlu Budiey nak tepek kat sini satu persatu. Khabarnya, tuan pemilik nama Mohd Saifuddin Ilias ini bangga lagu ini diterima ramai dan jadi trending sekelip mata.

Sebelum ini Safiey Illias dikecam kerana didakwa menjadi penunggang agama untuk melariskan produknya.

Segalanya dah berlalu. Sekarang kali ini Safiey Illias kembang hidung dapat pujian kata-kata manis. Muzik video SYINTA GILA disifatkan sangat eksklusif, mewah dan ada kelas!

“Aku yang pagi pagi nak g kerja duk make up depan cermin mesti dengar lagu ni. semangat tu lain macam 🤣 seriously aku nampak make up aku jadi lawa walau pun tak lawa sbb konfiden tu penting ok! thank you safiey for making this vid 😘😘 i love love sangattttt.” – Nor Adella

Selain ada babak-babak menarik, MV lagu ini mempunyai mesej tersirat yang cukup dekat dengan kaum wanita. Khususnya buat wanita yang tiada keyakinan diri. Setiap dari manusia ada kecantikan tersendiri kerana cantik itu subjektif. Begitu juga dengan bentuk badan dan fizikal. Semuanya ada kelebihan walaupun dipandang rendah oleh orang ramai.

Antara babak menarik ialah di mana ketika Safiey ditemani dua orang bodyguard masuk ke pasar untuk beli sayur. Safiey Illias dilihat membeli bawang dan kunyit antara babak yang paling digemari netizen. Deep kan? Mungkin Safiey nak sindir makcik bawang kot.

“Part yg ambik bawang tu dia tujukan kat netizen yg suka membawang.hihi..pastu dia bagi duit kat penjual tanpa mahu baki dipulangkan itu bermakna walaupun org sentiasa kutuk dia tp dia kongsi rezeki yg dia ada.blm tentu yg terlihat jahat sentiasa jahat dan blm tentu anda yg sentiasa bagi kata2 ilmiah itu golongan yg terpilih kerana hanya anda baik di media sosial tp bukan pd realitinya.” – Ambai Asie

Muzik Video SYINTA GILA - Safiey Illias

Lagu ini berjaya menduduki tangga teratas di carta iTunes Malaysia dan trending di aplikasi muzik itu sejak dilancarkan hujung bulan Oktober lalu.

Artist : Safiey Illias
Tajuk Lagu : Syinta Gila
Album : Syinta Gila – Single
Label : RH Production

Lirik Lagu Syinta Gila

Banyak orang yang suka padaku
Banyak pula yang benci diriku
Ku tak peduli inilah diriku
Yang cantik, yang manja, yang paling juara

Aku hanya seorang wanita
Ingin cuba ingin dimanja
Ku tak peduli orang bercerita
Aku memang yang paling jelita

Kau bilang aku memang syantik
Ku tahu diriku paling menarik
Tak henti henti matamu melirik
Syinta, syinta, syinta, syinta gila

Kau akui ku memang syantik
Kau cuba buat hatiku terusik
Buktikanlah dirimu yang terbaik
Syinta, Syinta, Syinta, Syinta, Syinta gila

Aku hanya seorang wanita
Ingin cuba ingin dimanja
Ku tak peduli orang bercerita
Aku memang yang paling jelita

Kau bilang aku memang syantik
Ku tahu diriku paling menarik
Tak henti henti matamu melirik
Syinta, syinta, syinta, syinta gila

Kau akui ku memang syantik
Kau cuba buat hatiku terusik
Buktikanlah dirimu yang terbaik
Syinta, Syinta, Syinta, Syinta, Syinta gila

Kau bilang aku memang syantik
Ku tahu diriku paling menarik
Tak henti henti matamu melirik
Syinta, syinta, syinta, syinta gila

Kau bilang aku memang syantik
Ku tahu diriku paling menarik
Tak henti henti matamu melirik
Syinta, syinta, syinta, syinta gila

Kau akui ku memang syantik
Kau cuba buat hatiku terusik
Buktikanlah dirimu yang terbaik
Syinta, Syinta, Syinta, Syinta, Syinta gila

Kau akui ku memang syantik
Kau cuba buat hatiku terusik
Buktikanlah dirimu yang terbaik
Syinta, Syinta, Syinta, Syinta, Syinta gila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Info Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia

Top 5 Video Trending di Youtube Minggu Ini – 2 Nov 2018