in , ,

Muzik Video Siti Nordiana Trending di Youtube Malaysia

MUZIK VIDEO HATIKU MILIKMU, SITI NORDIANA KINI TRENDING #19 DI YOUTUBE DAN DALAM MASA EMPAT HARI SUDAH MENCECAH 200K TONTONAN

Pada 2 April 2018, Siti Nordiana telah melancarkan single terbaru beliau berjudul Hatiku Milikmu. Sebuah lagu yang menceritakan kisan cinta hati seorang wanita yang hatinya hanya di miliki oleh kekasih lama walaupun sudah mencuba untuk melupakan namun cinta mereka masih utuh bersatu.

Menampilkan Alvin Chong dan Fikri Ibrahim pelakon yang kini sedang mengukir nama dalam bidang lakonan, ternyata penampilan mereka di dalam muzik video ini membawa satu kelainan. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Siti Nordiana sendiri bersama Shana. Manakala, penggambaran muzik video ini dilakukan di Krabi, Thailand dan tenaga produksi dari Storytellrs. Lagu yang baru sahaja dilancarkan pada 2 April lalu mendapat sambutan yang baik oleh para peminat Siti Nordiana dan kini lagu ‘Hatiku Milikmu’ trending di Youtube dan sudah pun mencecah 200K penonton dalam masa empat hari.

Teristimewa buat peminat Siti Nordiana lagu ‘Hatiku Milikmu’ keluaran Seventeen Eleven ini boleh dimuat turun disemua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify dan JOOX.

Kini muzik video ‘Hatiku Milikmu’ boleh di tonton di laman Youtube : https://youtu.be/7V4KJtxOxk0

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Luar Biasa Tentang Rumah Mewah Dato’ Sri Aliff Syukri

Raja Bahrin, Noryn Aziz Jalani Proses Sulh