in

Muzik Video Single Terbaru Diddy Hirdy BIDADARI HATI

Tiga tahun menyepi, akhirnya Diddy Hirdy buat comeback dengan melahirkan sebuah single terbaru berjudul BIDADARI HATI. Dalam tempoh menyepi itu, diam-diam berisi rupanya Diddy sibuk menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan pengajian ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Selain itu, Diddy juga telah masuk belajar vokal dengan Cikgu Syafi sebagai persediaan untuk buat comeback.

diddy-hirdy

Dalam menghasilkan lagu BIDADARI HATI, Diddy Hirdy telah bekerjasama dengan Tam Spider, Akid dan Poji sebagai penulis lirik. Budiey sudah pun mendengar lagu ini di Youtube Channel Indigital. Sebuah lagu yang sangat sederhana dan Budiey suka dengan muzik video lagu ini yang mengambil sebuah pantai sebagai latar dengan sebuah katil sebagai prop.  Dalam muzik video ini, Diddy hanya mengenakan sehelai singlet dan putih berwarna putih. Memang sangat sederhana tapi ideanya boleh dikira kreatif juga. Muzik video ini dihasilkan dengan arahan oleh Khairul Hazwan. Pengambaran dibuat selama empat hari di Pulau Tioman pada Februari lalu.

Klik SINI untuk tonton muzik video BIDADARI HATI

Imej Diddy juga nampak lebih maskulin dan lebih matang dalam muzik video ini. Menurut Diddy, dia berusaha untuk menambah sedikit berat badannya dan mahu nampak lebih tegap. Untuk itu, Diddy sentiasa memastikan pemakanan yang sihat dan selalu ke gym untuk workout. Semata-mata untuk tampil segak dalam muzik video ini, Diddy mengambil masa selama tiga bulan untuk memantapkan otot-otot badannya.

[pullquote]Diddy mengaku yang dia agak segan sikit pakai singlet untuk muzik video ini memandangkan dia tak pernah pakai singlet di luar rumah. Tapi untuk muzik video ini sahaja, Diddy cipta satu kelainan dan di luar kebiasaan.[/pullquote]

Lagu BIDADARI HATI mengisahkan tentang perasaan kasih sayang dan cinta luahan hati seorang bapa kepada anaknya dan hanya Tuhan sahaja yang dapat memisahkan mereka.

Single ini bakal berkumandang di stesen radio di Malaysia tak lama lagi dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd.

Dalam perkembangan lain, Diddy bakal muncul dalam filem seram berjudul Sunti yang akan ditayangkan pada pertengah tahun ini. Selain itu, Diddy dan beberapa pelajar vokal akan ke London selama sebulan untuk mengikuti pengajian jangka pendek di Royal College of Music.

Semoga Diddy terus sukses dan nama beliau terus menyinari dunia seni dengan lahirnya single ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Soo Wincci Mahu Menetap Terus di Taiwan?

Pesta Muzik World Tour Life in Color Kuala Lumpur Dibatalkan?