in ,

Muzik Video 5 Minit Ramlah Ram Featuring CAPRICE & DEM LEPAK BOYZ

Pada hari ini, Budiey ada dengar-dengar kat Twitter, Kak Ramlah Ram buat pertama kalinya telah upload sebuah muzik video terbaru berjudul 5:00 (sebut: lime minit) di saluran Youtube milik Ramlah Ram, kepada yang nak subscribe, boleh layar: www.youtube.com/ramlahramgroup. Sehari sebelum tu, Ramlah Ram siarkan video teaser untuk memperkenalkan muzik video terbarunya. Nampaknya, Ramlah Ram tak jemu-jemu untuk berduet dan featuring beberapa orang artis muda yang tengah hot sekarang ini. Selepas menampilkan penyanyi duo Sleeq, pelantun lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini mengambil penyanyi rap Caprice pula untuk lagu 5:00.

Sebenarnya, video ini diupload pada 18 Mac 2013. Lagu ini semakin mendapat tempat setelah diputarkan di corong-corong radio. Muzik video ini ada jalan ceritanya sendiri di mana seorang pemuda (lakonan Aeril Zafrel) hanya ada 5 minit untuk bertemu dengan kekasihnya yang mahu terbang jauh. Beberapa hari lalu, Budiey ada tulis tentang berita Aeril Zafrel akan berlakon dengan bintang Hollywood, Christina Ricci dan Sharon Stone. Kiranya, muzik video ini memang nampak kelas sebab ada Aeril Zafrel berlakon, tak gitu ke?

Muzik Video 5:00 minit ini telah diarahkan oleh Sam Kuman dan merupakan sambungan kepada Muzik Video Sesaat Kau Datang yang juga diterbitkan oleh RRG-E ( Ramlah Ram Group Entertaiment).

MV ini menampilkan Ramlah Ram, Caprice, Dem Lepak Boyz, Aeril Zafrel, Jasrina Jasni, Daniel Halis, Shah, Sabojat dan lain-lain lagi sebagai teraju utama. Semoga semua terhibur dengan MV dendangan terbaru dari Ramlah Ram & Caprice.

Dari segi fesyen busana pula, Ramlah Ram menggayakan rekaan dari beberapa pereka dengan konsep warna-warna terang dan color blocking.

Apa pendapat anda dengan muzik video ini?

Kat bawah ini, ada beberapa gambar behind the scenes. Gambar ini perlu dikreditasikan kepada Fanpage Ramlah Ram Group

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Ramlah Ram

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MYPAA Announces RM760,000 for the Performing Arts Industry

MACP, PPM & RPM Dapat Pengiktirafan Kutip Royalti Artis