in

Music is Magic: Tema AJL22 Yang Luar Biasa?

Bahasa Ibunda Mananya?
Sebagaimana yang diumumkan ketika sidang media dan showcase AJL22 di One Utama Sabtu lalu, tema AJL22 adalah MUSIC IS MAGIC. Sekali dengar, Budiey dapat mengagak apa yang dimaksudkan dengan tema kali ini. Isu menggunakan bahasa Inggeris sebagai tema tidak menjadi masalah. Namun, mungkin bagi sesetengah pihak yang mementingkan penggunaan bahasa ibunda akan mempersoalkan isu ini dan kata mereka, mengapa tidak menggunakan KEAJAIBAN MUZIK? Bukankah elok untuk TV3 mengangkat martabat bahasa Melayu semaksimum yang mungkin?

Apa-apa pun, Budiey rasa inisiatif dan usaha TV3 untuk menjadikan setiap acara lebih berjiwa dan mementingkan kepuasan penonton. Satu kelainan yang akan penonton saksikan di AJL22 ini ialah tema kali ini lebih membawa penonton ke alam imaginasi, khayalan tanpa batasan selaras dengan peranan muzik untuk mencetus imaginasi pendengar ke alam penuh fantasi.

Apa Yang Magiknya?
Bercakap pasal peranan muzik dalam kehidupan manusia. Bagi Budiey, muzik adalah kunci untuk kita mengingati sesuatu peristiwa yang berlaku. Kenangan dan memori kita akan tergambar tatkala mendengar lagu yang pernah didengar ketika itu. Muzik dapat menyalakan api semangat dan membangkitkan jiwa dan rasa kasih sayang antara manusia. Muzik dapat meniupkan ruh dan mesej yang positif untuk jiwa bagi insan. Segalanya terletak pada manusia itu sendiri untuk mengambarkan apa itu muzik dan peranan muzik dalam mewarnai kehidupan.

Pentas Yang Berbeda
Untuk gaya penampilan pentas pula, sudah tentu pentas akan diserikan dengan warna tema iaitu putih dan ungu yang direka dan ditata-rias dengan dekorasi yang menggunakan elemen fusion, fantasi, magikal, dramatik, mistik dan sebagainya. Kalau dilihat ketika showcase ada tukang sihir, ada smurf? (orang kenit), ada fairy, ada cinderella, ada ahli silap mata dan macam-macam lagi watak-watak yang diambil dari cerita dongeng dan dunia khayalan. Semua elemen itu akan mencipta dan membangkitkan mood kepada penonton. Pada saya, mood penonton sangat subjektif. Jadi, bukan senang untuk membawa mood dan keselesaan penonton untuk terus melekat di kaca TV.

AJL X-klusif Pamer Fesyen Selebriti
Sebagaimana tahun-tahun sudah, AJL22 juga tak lepas dengan acara karpet merah yang akan mempertontonkan gaya dan fesyen selebriti yang akan memeriahkan majlis. Penonton di rumah boleh menyaksikan detik-detik terakhir persiapan anugerah besar ini selain gaya dan busana menarik selebriti tanahari yang hadir melalui program khas iaitu AJL X-klusif pada jam 7.30 malam di TV3.

[tags]bahasa, kuliah, bonda, lirik la la la kerja, meet uncle hussain, ramli ms, pengetua af6, sidang media, ritz carlton hotel, tenaga pengajar af6, ajl 22 konsert, music, magic, learn magic, video, trick magic, the gathering, card magic, black magic, street magic, black magical, partition magic, magic shop, music station, music download, learn magic tricks, set magic[/tags]


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Kala Malam Bulan Mengambang Arahan Mamat Khalid

Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6