in ,

MukaRakat Yakin Kalau Muzik Itu Bagus, Peminat Akan Terima

MukaRakat terbentuk pada 2017, dianggotai Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic dan DJ GeraMar.

Mereka berlima adalah kumpulan hip hop yang sedang menjadi bualan ramai di kalangan penggemar muzik di tanah kelahiran mereka, Indonesia. Dikenali sebagai kumpulan hip hop yang menggabungkan budaya dan tradisi Indonesia ke dalam muzik dan visual mereka, MukaRakat meneruskan impian untuk meletak nama negara mereka di mata dunia. 

Dalam masa dua tahun MukaRakat telah tampil dengan sembilan single yang menjadi hak cipta mereka sepenuhnya. 

Mukarakat 2

Pada akhir tahun 2019, MukaRakat resmi bergabung dengan Def Jam Records SEA di bawah naungan Universal Music Indonesia. Beberapa single MukaRakat dapat diakses melalui saluran Youtube 16 Bar Indonesia.

Menyorot latar mereka berlima, semuanya berasal dari Pulau Flores yang terletak di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Kemudiannya mereka merantau ke Bali, ada yang menyambung pengajian di universiti di sana dan ada yang mencuba nasib mencari pekerjaan.

Kelima-limanya bertemu dan bersatu di Pulau Dewata itu atas minat yang sama iaitu muzik. 

Jiwa muda yang gemar meneroka benda baru, minat mereka terarah kepada muzik hip hop yang ternyata belum begitu menjadi pilihan utama di kalangan peminat muzik tegar di negara mereka.

Mukarakat

Menurut I’m Rapholic, mereka ‘berjalan’ saja mengikut arus seperti air yang mengalir kerana mereka percaya kalau muzik itu bagus, ia tetap bagus.

“Sumber ilham kami adalah Tuhan Yang Maha Kuasa dan semua kumpulan hip hop yang ada di Indonesia menjadi rujukan kami. ‘Komuniti’ hip hop di Indonesia semakin bercambah dan kami bersatu serta sering mengadakan persembahan indie,”

– MukaRakat

Mengagumi hip hop mendapat sambutan hangat di Malaysia lantaran itu mereka amat gembira dan berbangga dapat bertemu dengan peminat genre muzik itu di negara ini. 

“Di Indonesia, dangdut dan rock saling berganding manakala hip hop sedang merintis jalan untuk berada seiringan dengan kedua-duanya.

– MukaRakat

“MukaRakat mempertaruhkan lagu etnik dan sehingga kini, sambutannya baik-baik saja. Semua pemuzik di sana saling menghormati dan menyokong,”

Namun begitu jelas I’m Rapholic, kumpulan mereka jarang mendapat undangan di televisyen.

“Kumpulan hip hop di Malaysia sangat bertuah kerana kehadiran  mereka dalam industri muzik di sini sangat diraikan dan mendapat pendedahan meluas. 

“Populariti kami di sana banyak dibantu oleh media sosial seperti Youtube. Followers kami sekarang sudah lebih 50,000 orang,”

– MukaRakat

Jadi kata I’m Rapholic, mereka sangat tertarik untuk ke datang Malaysia dan dapat berada di negara ini dianggap satu pencapaian yang membanggakan.

Bercakap mengenai persahabatan mereka, katanya mereka tidak pernah gaduh dan saling menyayangi.

“Dulunya kami ada sembilan orang, selepas ditapis, tinggallah kami berempat yang benar-benar serasi dan kemudiannya disertai DJ GeraMar,”

– MukaRakat

MukaRakat tampil membuat persembahan di #RapStarERA Finale yang berlangsung pada 6 Mac 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel | 12

Menangi Sebahagian Daripada Wang Tunai Bernilai RM50,000 Mulai 9 Mac Ini Di Suria!

Ali Puteh | 13

Viral Gulai Perut Ayam Kampung Laris Dijual