in

Muhammad Azim Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM

Sejurus selepas event prebiu program Cartoon Network yang diadakan di Bangsar semalam, Budiey sempat lagi singgah di Tropicana City Mall untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM. Budiey nak ucapkan tahniah buat Muhammad Azim Bin Salim, peserta yang ke-46 menekan alat penggera dan bernasib baik kerana penggera yang ditekan itu rupanya adalah penggera yang menyalakan lampu kereta Proton Inspira. Bestnya dapat kereta.

Menurut kata pemenang yang bekerja sebagai peguam ini, kereta ini sangat bermakna kerana beliau sebenarnya tak sangka menang. Ini adalah kereta yang ketiga untuk beliau. Tahniah sekali lagi.

Suria FM sekali lagi ingin meraikan para pendengar dengan hadiah kereta dan juga duit raya. Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia Suria FM, pada 29 Ogos yang lalu Suria FM telah menganjurkan ‘Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM’ bagi meraikan para pendengar. Kuiz ini telah ke acara kemuncaknya apabila seorang pendengar bertuah telah berjaya membawa pulang ‘kereta raya’ Proton Inspira dan juga sejumlah duit raya.

IMG_0397

Beliau yang dimaksudkan ialah pendengar yang ke-46 iaitu Muhammad Azim Bin Salim, seorang peguam yang berasal dari Cheras. Beliau telah berjaya mengondol sebuah kereta Proton Inspira dan duit raya RM50.

Berlangsung selama 1 bulan, pendengar hanya perlu meneka di manakah ‘Kerinting Three’ dari segmen Breakfast@Suria yang melarikan Proton Inspira tersebut berada. Dari semasa ke semasa, klu akan diberikan oleh penyampai Suria FM secara ‘on-air’, laman web Suria FM, Facebook Suria FM dan juga Twitter Suria FM. Setelah mendapat klu tersebut, pendengar perlu SMS pada Suria FM dan penyampai akan menghubungi pendengar bertuah tersebut untuk mendapatkan jawapan lokasi terkini ‘Keringting Three’. Setiap pendengar yang memberikan jawapan lokasi yang tepat akan berpeluang memenangi satu kunci untuk ke acara finale.

Acara yang gilang-gemilang ini berlangsung pada 29 September 2011 ( Khamis), bertempat di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Esok, 1 Oktober 2011, Sabtu, Suria FM akan mengadakan Konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 bersama MYEG di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya dengan menghimpunkan nama-nama besar seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M.Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Adira, Yazer dan Awi Rafael. Pembaca semua dijemput hadir dan datanglah beramai-ramai kerana konsert ini adalah PERCUMA!

IMG_0437

IMG_0402

Tentang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.0 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

IMG_0412

IMG_0420

IMG_0429

IMG_0441wtmk

IMG_0441

IMG_0386

IMG_0388

IMG_0391

IMG_0393

IMG_0394

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Pelbagai Era dalam Program INILAH

Gambar Selebriti di Party Hari Jadi Iqram Dinzly Ke 30