in ,

Mubarak Majid Bersyukur Kerana Masih Ada Wang Tabungan

Pelakon drama Cukup Derita Itu, Mubarak Majid, 63, mengakui dia turut bergantung pada wang tabungannya untuk meneruskan kelangsungan hidup pada ketika ini.

Mubarak yang aktif berlakon sejak era 1980-an, berkata dia masih lagi ada rezeki dalam kerjaya seni, tapi terganggu juga akibat penularan Covid-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya amat bersyukur kerana ada wang tabungan dan masih mendapat tawaran berlakon lagi. Ditambah, saya pula hanya berlakon sepenuh masa saja sejak dari dahulu.

“Kalau rezeki berlakon itu, masih ada sikit-sikit. Alhamdulilah, sangat bermakna buat saya. Cuma, sekarang kena akurlah apabila  penggambaran drama Cukup Derita Itu dihentikan seketika disebabkan ‘lockdown’.

“Belum habis lagi penggambarannya. Tapi, keselamatan nyawa dan kesihatan lebih utama. Wabak Covid-19 ini bukan main-main dan saya pun dah warga emas,” katanya.

Mubarak yang sentiasa tawakal dan percaya dengan rezeki Allah, berkata babak lakonannya dalam drama popular di TV3 itu sekitar 10 peratus sahaja kerana watak pembantu.

Katanya yang menetap bersama anaknya, seorang ibu tunggal, mereka juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian (online).

Bagaimanapun, Mubarak berkata dia ketika ini turut mengikat kontrak berlakon drama radio, Cik Norma Cik Maya bersama Nasional FM selama setahun.

“Saya sudah memulakan rakaman untuk drama ini di konti radio pada bulan lalu. Namun, memandangkan sekarang  ‘total lockdown’,  saya hanya rakam suara di rumah menerusi telefon,” katanya.

Mubarak yang memiliki 10 cucu berkata drama sektsa Cik Norma Cik Maya ini sudah disiarkan Nasional FM pada setiap Ahad,  jam 12.15 tengah hari.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO’S I’ll Be Gone In The Dark Returns With A Special Episode June 22 Exclusively On HBO

Netflix Geeked Week All The News & Sneak Peeks From Day 4