in , , ,

Muat Naik Gambar Tengah Berpantang, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Wajah Baby Fazura

Selamat menimang cahaya mata sulung pada 2 Oktober lalu, kehadiran Nur Fatima Aisya pastinya kurniaan terindah buat pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura selepas dua tahun menantikan zuriat.

Terbaru, foto yang dimuat naik oleh Fazura menjadi perhatian ramai yang terpegun melihat pelakon berusia 37 tahun tetap cantik meskipun masih dalam tempoh berpantang.

Menerusi perkongsian itu, Fazura memberitahu dia membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan di hospital. Melihatkan foto tersebut, jelas terpancar kegembiraan di wajah Fazura sebagai seorang ibu.

FAZURA

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kejelitaan pelakon itu yang tetap cantik dan menjaga penampilan. Malah, ramai yang menantikan perkongsian terbaru Fazura mengenai anaknya.

Dalam pada itu, netizen juga tidak sabar untuk melihat wajah Fatima Aisya yang sehingga kini belum didedahkan kerana Fattah dan Fazura memilih untuk tidak lagi mendedahkan anak mereka kepada umum memandangkan usia anaknya terlalu muda.

FAZURA

Terdahulu sebelum ini, menerusi perkongsian yang dilakukan di akaun Instagram @fattzuralovelife, mereka menamakan bayi pertama mereka Nur Fatima Aisya.

“Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua orang Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima sangat bersyukur pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! 

FAZURA

Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima,” tulis mereka sebagai kapsyen di laman Ig berkenaan.

FAZURA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia

Takziah! Bapa Pengacara & Penyampai Radio ERA, Haniff Hamzah Meninggal Dunia