in

Muak Sikap Tidak Profesional Artis

Dengarnya… Muak sikap tidak profesional artis
Dipetik dari Berita Harian

ENTAH kenapa, sehingga kini Cik Normah rasa penyanyi wanita yang seorang ini tak pernah rasa serik dengan perbuatannya yang memang suka menyusahkan orang. Dulu, sewaktu awal-awal kemunculannya di persada seni tanah air, perangainya tak adalah seperti itu. Tapi, makin lama menyanyi, Cik Normah lihat dia semakin hilang kawalan. Bukan saja perangai tapi Cik Normah rasa pemikiran dia pun kadang-kadang tak stabil. Banyak sangat aduan yang Cik Normah dengar sejak kebelakangan ini.

Lebih membuatkan Cik Normah naik hantu ialah apabila teman Cik Normah menceritakan satu kejadian yang berlaku baru-baru ini. Ada ke patut temu janji yang dibuat seminggu lebih awal tiba-tiba terbatal apabila si penyanyi ini tidak hadir pada hari yang ditetapkan. Sudahlah teman Cik Normah terpaksa memandu ke lokasinya yang agak jauh melangit itu. Itupun nasib baik jumpa, kalau tidak kasihan teman Cik Normah sebab sesat.

Berbalik kepada cerita tadi, apa yang membuatkan teman Cik Normah sakit hati ialah sebaik saja dia tiba, bayang artis itu pun nampak lagi. Iyalah temu janjinya dibuat pada awal pagi, jadi dia ingatkan artis itu muncul tepat pada masanya. Apabila ditanya kepada pihak agensi perhubungan awam yang mengaturkan temu bual itu, mereka memberikan alasan artis itu tidak dapat dihubungi.  

Amboi! Amboi! Amboi! Senangnya jawapan. Agensi ini pun satu hal, kenapa baru pagi itu nak telefon si artis ini. Bukankah sepatutnya mereka menghubungi artis itu pada hari sebelum temu bual itu berlangsung. Melihat kepada waktu temu bual itu pun, Cik Normah sebenarnya sudah rasa sangsi, apakah artis itu boleh bangun pada waktu yang ditetapkan. Entah-entah waktu itu si artis berkenaan masih lagi diulit mimpi.

Sikap tidak profesional artis terbabit dan agensi perhubungan awam itulah yang sebenarnya mencacatkan lagi industri seni kita. Buat si artis, bilalah awak hendak berubah ya? Sepatutnya, tahap penyanyi senior yang dimiliki itu harus dijaga dan disertai dengan disiplin yang kuat. Ini tidak, tak habis-habis buat kepala sendiri. Dan untuk agensi PR ini, tolong belajar bersikap profesional sikit ya. Lain kali, beritahu awal-awal kalau temu janji itu batal. Jangan apabila wartawan sudah tiba, baru terhegeh-hegeh nak beritahu. Nanti, kalau media pangkah syarikat awak, masa tu menyesal tak berguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue

Shafnie Dan AC Mizal Boleh Hilang Kelayakan Penjagaan Anak