in ,

Movie Night Out X-Men: Days of Future Past Bersama Budieyators

Sebuah filem aksi,  X-Men: Days of Future Past kini masih lagi mengegarkan pawagam seluruh Malaysia dan mendapat sambutan hangat dari penggemar sekuel X-Men ini.

X-Men: Days of Future Past mengisahkan Professor X (Patrick Stewart) yang menghantar Wolverine (Hugh Jackman) untuk kembali ke masa lalu, iaitu tahun 1973. Professor X menyuruh Wolverine untuk membantu Professor X muda (James McAvoy) dan mutan-mutan lainnya untuk menyelesaikan satu misi.

Misi mereka ialah mereka harus bersatu untuk menghentikan aksi Sentinels. Sentinels merupakan robot yang diprogram untuk menghancurkan segala mutan. Kehidupan mutan-mutan masa depan adalah bergantung pada apa yang dibuat pada masa lalu. Haa, berjayakah misi ini? Itu yang korang kena tonton!

Filem arahan Bryan Singer ini dilakonkan oleh bintang terkenal Patrick Stewart sebagai Profesor Charles Xavier dan Ian McKellen sebagai Magneto dan mereka bergabung dan bersaing dengan rakan-rakan mutant muda dari prequel X-Men: First Class. Budiey dapat tahu, banyak kelemahan dan kekurangan filem ini telah diperbaiki dan mutu CGI juga dipertingkatkan untuk kepuasan penonton dam peminat setia X-Men. Budiey dah menonton sebnayak 5 kali filem lakonan Jennifer Lawrence sebagai Mystique dalam filem ni dan akan menonton sekali lagi pada malam ini bersama Budieyators.

X-Men: Days of Future Past

Movie Day Out X-Men: Days of Future Past Bersama Budieyators

Budiey.com ingin seramai 20 orang Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di sesi Movie Day Out ini. Siapa cepat dia dapat. Seorang pemenang dapat 2 tiket. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

9 Jun 2014 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

TGV Suria KLCC

Caranya mudah sahaja, hanya hantarkan butir diri anda ke emel Budiey seperti di bawah ini:

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Movie Day Out X-Men: Days of Future Past Bersama Budieyators

Tarikh tutup peraduan:
9 Jun 2014 (jam 5 petang)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Budieyatoes & pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kemudahan Selesa Disediakan di Mega Bazaar 2014

Muzik Video Terbaru Taeyang Meletop di Youtube