in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti – FILEM WHITEOUT

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem thriller suspen, WHITEOUT bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput 30 orang pembaca Sensasi Selebriti untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – WHITEOUT.

Bila? Hari Ahad ini, 8 November 2009, Jam 11.30 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC, Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang

Kategori Filem:

Budiey ada 30 tiket untuk korang menonton beramai-ramai dengan pembaca setia yang lain.

Kepada pemanggil, berpeluang memenangi HADIAH CABUTAN BERTUAH dan GOODIE BAG daripada Budiey~! Semuanya menanti untuk korang~!

Sinopsis WHITEOUT

Carrie Stetko yang dilakonkan oleh Kate Beckinsale seorang pembantu Marshal Amerika, memilih Antartika setelah kejadian di Miami yang membuatkan dirinya menjadi trauma. Carrie sebenarnya hanya ingin menenangkan diri di daerah terpencil dengan cuaca yang sangat sejuk ini.

Di sini Ia memastikan para saintis yang sedang melakukan penelitian di Antartika dalam keadaan aman terkawal. Namun, ketika kejadian satu kes pembunuhan terjadi di sana, Carrie nak tak nakkena jugak menyelesaikan kes sebelum tugasnya di Antartika selesai dan dia harus kembali ke Miami.

Ditemani oleh Robert Pryce yang dilakonkan oleh Gabriel Macht, Carrie mendapat bantuan untuk menyelidiki kes ini. Pada waktu yang sama, mereka tidak mempunyai banyak waktu di sini. Mereka harus menyelesaikan kes pembunuhan itu dalam masa tiga hari sebelum Ia dan si pembunuh terjebak di Antartika lebih lama lagi. Ini kerana, Antartika akan memasuki musim dingin dan matahari tidak akan terlihat di sana selama enam bulan ke depan.

Ikuti filem yang mendebarkan ini bersama pembaca Budiey.com yang lain.

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah hanyalah menjadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6602632. Korang boleh call bila-bila masa kerana tiket masa ada lagi. Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Fouziah Gous & Noni AF Sempena Anniversary Ke-3 Sensasi Selebriti

Pelakon Noorkhiriah Selamat Bersalin