in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Jumbo Gajah Biru

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem animasi, Jumbo Gajah Biru bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti -Jumbo Gajah Biru.

Jumbo Gajah Biru adalah filem animasi alih bahasa yang menggunakan suara lakonan Mila dan Akim AF.

Bila? Hari Sabtu ini, 27 MAC 2010, Jam 11.00 pagi

Yuran Sensasi Selebriti: RM10 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam TGV Suria KLCC, Tingkat 3, Suria KLCC

KATEGORI: U

Kepada pembaca yang join, Budiey akan menghadiahkan hadiah-hadiah GOODIE BAG yang berisi dengan:

  1. Sehelai T-shirt Ekslusif
  2. Sebuah CD Album
  3. Barangan dari Brand’s
  4. Merchandise filem antarabangsa seperti keychain, cap & lain-lain

Semuanya menanti untuk korang~!

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249 479 selepas jam 10 pagi pada 26 Mac 2010, hari Jumaat.
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Jom tonton trailer filem Jumbo Gajah Biru:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bob AF2, Shila OIAM, Faizal Tahir di Prelude AIM 17

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem V3 Samseng Jalanan