in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah tonton filem yang aksi lumba drift – Evolusi KL Drift 2? Kalau belum atau mahu menonton kali kedua, apa kata join Movie Day Out anjuran Sensasi Selebriti dan selain dapat menonton bersama pembaca Budiey.com yang lain, Budiey akan menghadiahkan hadiah goodie bag istimewa.

Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Evolusi KL Drift 2.

Evolusi KL Drift 2 adalah filem aksi lumba drift lakonan Syamsul Yusuf, Farid Kamil, Scha Alyahya, Ryzal Asyraf, Adam Corrie dan ramai lagi.

Bila? Hari Ahad ini, 25 April 2010, Jam 1.00 tengahari

Waktu Tayangan: 1:30 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC Mid Valley, Tingkat 3

Kategori: U – untuk tontonan umum

Runtime: 100 minit

Kepada pembaca yang join, Budiey akan menghadiahkan hadiah GOODIE BAG istimewa.

Semuanya menanti untuk korang~!

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Jom tonton trailer filem Evolusi KL Drift 2:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah PPMH Ulangtahun Ke 25 Media Hiburan

Maria Farida Bintangi Drama Bersiri Rias Mutiara