in ,

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Life As We Know It

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem Life As We Know It bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Life As We Know It.

Life As We Know It adalah filem romantik komedi hebat lakonan Katherine Heigl & Josh Duhamel, Josh Lucas dan ramai lagi.

lifeasweknowit_poster

Mengisahkan dua individu yang berkongsi teman karib sama namun berlainan latar belakang, karakter dan personaliti. Teman rapat kedua-duanya pernah cuba menyatukan Holly dan Messer namun gagal memandangkan perangai yang jauh berbeza. Sejak itu mereka tidak menyukai sesama sendiri meskipun sering terserempak dalam majlis teman rapat mereka. Malah anak tunggal kepada teman karib mereka yang masih bayi, Sophie dijadikan seperti anak sendiri kerana hubungan persahabatan yang akrab.

Messer yang bertugas sebagai tenaga produksi bagi perlawanan bola keranjang begitu sosial dan ‘kaki perempuan,’ berlainan dengan Holly, pekerja kedai menjual kek yang tiada teman lelaki.

Bagaimanapun, tidak semena-mena kedua-duanya menerima satu berita mengejutkan yang mana sahabat itu meninggal dunia akibat kemalangan. Dijadikan cerita, bagi merumitkan keadaan, pasangan sahabat baik mereka berdua meninggalkan wasiat supaya Holly dan Messer menjaga Sophie.

Mahu atau tidak, Holly dan Messer terpaksa berdepan senario yang paling tidak disukai – menjaga Sophie dan berpindah ke banglo milik teman mereka bersama-sama. Bayangkan, dua personaliti dan perangai berbeza, bersatu di bawah satu bumbung.

Holly yang menyimpan perasaan terhadap seorang doktor terpaksa berdepan masalah bagi menerangkan apa berlaku padanya. Namun kerana kejujurannya, cintanya berbalas.

Meskipun berlaku pelbagai pertelingkahan antara mereka kerana masing-masing masih kekok menjaga bayi, akhirnya terbit pula rasa sayang yang tersembunyi dalam hati mereka.

Rasa tanggungjawab dalam membesarkan Sophie serta menjaga kediaman teman baik mereka akhirnya merapatkan lagi hubungan Messer dan Holly dan akhirnya mereka jatuh cinta.

Tonton Trailer Filem Life As We Know It:

Bila? Hari Ahad ini, 31 Oktober 2010, Jam 1.00 tengahari.

Waktu Tayangan: 1.15 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Kategori: PG13

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada 
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada semua yang hadir, anda akan diberikan GOODIE BAG berupa:

  1. 1 X T-shirt
  2. 1 X topi
  3. 1 X nota
  4. 1 X album lagu
  5. & merchandise yang lain

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Life As We Know It

Life As We Know It

Life As We Know It

Life As We Know It

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011

Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com – FREE YOUR IDEAS