in , ,

Motorola Edge S Bakal Dilancar pada 26 Januari, Dilengkapi Snapdragon 870

Motorola kini sedang bersiap untuk melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu Motorola Edge S, namun ia tidak akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 iaitu cipset telefon Qualcomm yang tercanggih. Sebaliknya, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 yang baru sahaja dilancarkan.

Telefon itu akan dilancar di pasaran China pada 26 Januari jam 7:30 malam. Menurut satu gambar yang dimuat naik di Twitter, telefon itu mempunyai empat kamera di belakang dengan susunan kamera berbentuk petak. Butang kawalan dan suis berada di bahagian kanan, di mana suis itu nampak seperti ia akan turut bertindak sebagai butang kuasa.

Motorola Edge S

Motorola Edge S mungkin akan dilengkapi skrin 6.7 inci dengan resolusi 105Hz, kamera utama 64MP, kamera swafoto 16MP+8MP, RAM 12GB, storan 256GB dan sistem operasi Android 11. Masih tidak pasti jika telefon ini adalah telefon yang diacah oleh pengurus Motorola pada akhir tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Blackout Challenge, Kerajaan Itali Mula Melarang TikTok

“Bekas Isteri Pergi Jumpa Kekasih, Saya Boleh Jaga Anak,” – Keith Foo