in

Monspace Theatre Jadi Platform Artis Tempatan Tonjol Bakat & Realisasi Impian

Pada 9 Julai lalu, Budiey dijemput untuk melihat pembaharuan yang dibuat di sebuah Nouvelle Hotel, di mana lokasi yang dikenali sebagai Monspace Theatre ini kini menawarkan pentas buat artis tempatan tonjol bakat dan realisasikan impian. Sebagai platform untuk mengetengahkan kreativiti dan personaliti artis tempatan tanah air, sebuah pentas khas diperkenalkan buat penggiat seni hiburan untuk mengekspresikan bakat.

Monspace Theatre

Tambahan pula, dewasa ini kos untuk menganjurkan suatu acara atau majlis memerlukan kos yang amat tinggi bagi sesetengah artis-artis tempatan untuk mempromosikan bakat, jenama ataupun produk beliau mahupun syarikat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam bidang kesenian tempatan.

Monspace Theatre

Justeru itu Pihak Hype Hotel & Monspace Entertainment sebagai sebuah syarikat yg juga berkecimpung di dalam bidang perhotelan & seni (hiburan) mengambil inisiatif ini untuk membantu artis-artis baru dan lama negara untuk terus berdaya maju dan dapat mengembangkan lagi bakat beliau di persada antarabangsa dengan memperkenalkan tempat yang sangat kompetitif dan menyediakan pelbagai kemudahan.

Pentas yang dinamakan Monspace Theatre yang terletak di Nouvelle Hotel, Sungai Besi ini menawarkan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang serba canggih kepada penggiat seni untuk mengadakan sebarang majlis hiburan atau konsert.

Monspace Theatre

Menurut Pengasas Monspace Theatre, Datuk Seri Jessie Lai, pentas ini direalisasikan sebagai salah satu inisiatif dalam menyumbangkan peluang, dan mengembangkan kreativiti serta menjadikan asas pembentukan identiti bagi artis-artis sedia ada disamping menganjurkan beberapa acara-acara yang berprestij.

“Ia diwujudkan sebagai salah satu platform kepada penggiat seni tempatan dalam membentuk penjenamaan tersendiri dalam industri seni tanah air.

“Kami berharap pentas ini akan menjadi landasan terbaik buat selebriti memartabatkan nama industri seni hiburan di mata luar dengan mengadakan konsert di pentas Monspace Theatre.

“Bagi artis-artis tempatan yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis atau acara di sini, kami juga akan menawarkan dan membantu memberikan dana untuk merealisasikan impian mereka mengikut terma dan syarat ditetapkan.

“Apa yang mengujakan pentas ini mampu memuatkan seramai 600 penonton dan mempunyai kelengkapan canggih yang mengikut spesifikasi semasa.

“Lebih istimewa, penggiat seni tidak perlu lagi membawa kelengkapan sendiri untuk persembahan seperti sistem audio, pencahayaan dan lain-lain kerana semuanya telah tersedia di Monspace Theather,” katanya.

Jadi kepada artis dan selebriti yang mencari lokasi untuk mengadakan persembahan untuk kapasiti 600 orang, bolehlah merujuk kepada pihak Monspace. Pastinya lokasi ini sesuai untuk anda!

Monspace Theatre

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertarungan Sengit Antara Atlet Dan Pelawak TEMASYA SUKAN KE LAUT

Santai Riders Bersama Linda Onn