in ,

MonoloQue Berdendam Dengan Siapa Tu?

MONOLOQUE, sebuah kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan seni tanah air.

MonoloQue yang dibarisi oleh suara utamanya, Loque yang turut berkebolehan dalam memainkan pelbagai gitar dan juga piano; Ijoo ‘Gagak Hitam’ – gitar utama, Dax – bass, papan kekunci (keyboard), perkusi (percussion); Loko – penjaga rentak, dram, perkusi, suara latar; Apex – papan kekunci, gitar dan perkusi.

monoloque

Untuk pengetahuan anda, memetik dari kamus dewan, Dendam bermaksud ‘berahi, obsessi, rindu dendam’. Ia ibarat suatu ‘pembalasan dendam, atau ‘rindu dendam’, ataupun hanya suatu maksud simbolik yang membawa 1000 lagi tanda tanya. Jika anda mahukan kepastian yang lebih lanjut, loQue ingin pendengar sendiri yang membuat interpretasi masing-masing terhadap lagu ini. Menurut loQue, “Ia terpulang pada kreativiti atau subjektiviti minda anda semua untuk mentafsirkan, kita sudah di abad ke 21, bukan?”

Den.Dam adalah ‘ejekan’ selanjutnya selepas EP ‘Inderaloka’ yang dirasmikan pada November tahun lepas, sebagai ‘pencuci mulut’ sebelum mendaratnya album kedua monoloQue, dengan nama timangan “Corak 2” yang diberikan oleh loQue. Ia juga adalah ‘sequel’ untuk ‘Hikayat Halimunan Abad ke-21′, di mana corak 1, “Jejak Tanah’ telah dilancarkan pada November 2011.

Dengan ‘Den.Dam’ (Dendang Dendam) yang lahir dari monoloQue, sebuah lagu telah dihasilkan dan digubah oleh loQue untuk meraikan ‘Den.Dam’ yang mereka pendam selama ini. Single terbaru ini telah pun bersiaran di siaran radio, dan dalam pada masa yang sama, para peminat monoloQue boleh memohon kepada radio-radio arus perdana untuk memutarkan lagu tersebut. Mereka juga boleh mendengarkan dan memuat turun lagu ‘Den.Dam’ di laman iTunes/Deezer/Spotify.

Nantikan juga klip video rasmi Den.Dam yang dijadualkan tayangannya pada 14.04.14 namun ianya terpaksa ditunda akibat terdapat kejadian mistik yang telah berlaku ketika pembikinan klip video tersebut, yang diarahkan Emir Ezwan.

Den.Dam adalah ‘ejekan’ selanjutnya selepas EP ‘Inderaloka’ yang dirasmikan pada November tahun lepas, sebagai ‘pencuci mulut’ sebelum mendaratnya album kedua monoloQue, dengan nama timangan “Corak 2” yang diberikan oleh loQue. Ia juga adalah ‘sequel’ untuk ‘Hikayat Halimunan Abad ke-21′, di mana corak 1, “Jejak Tanah’ telah dilancarkan pada November 2011.

Yang pasti, ia dijangka akan ditayangkan pada 27.05.2014 nanti, melewati sebulan dari tarikh sepatutnya ia dirasmikan. Peminat juga disarankan untuk menggunakan hashtag #DenDam apabila sedang enak dibuai dengan alunan ‘Den.Dam’.

Sedikit sedutan lirik dari lagu ‘Den.dam’

“Kau boleh lari,
Tapi kau tak boleh bersembunyi,
Akanku memburu-mu, memburu seluruh nusa batu… Lihatlah apa yang telah kau lakukan
Untuk seketika hilang kawalan diri
Sebelum mata terpejam, Bebaskan, bebaskan, Segala rindu dendam, Lepaskan, lepaskan…”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Perkenal Slogan Baru IT’S NOT OK to be OK

Miera Leyana Nafi Bercinta Dengan Hussien?