in , ,

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang Mulai 2 Oktober 2022

Sekali lagi Molek FM mencipta sejarah dengan meluaskan capaian frekuensi terbaru ni di Kuantan Pahang.

Molek FM yang telah beroperasi selama 9 bulan sekali lagi mencipta sejarah dengan melebarkan sayapnya ke Kuantan, Pahang. Frekuensi terbaru Molek FM 100.4 FM di Kuantan Pahang ini akan dilancarkan secara rasminya pada Ahad, 2 Oktober 2022. 

Setelah sembilan bulan beroperasi di Kelantan serta Terengganu dan telah mendapat pelbagai maklum balas yang positif daripada pendengar serta masyarakat Pantai Timur am nya. Molek FM dengan tagline Gu Pantai Timur yakin akan sentiasa memberikan pengalaman lain daripada yang lain kepada bakal pendengar di Kuantan Pahang melalui stesen radio yang akan memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan tradisi setempat serta akan memainkan muzik terbaik yang dikenali ramai.  

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang

Molek FM juga menyasarkan pendengar yang berusia 18 tahun hingga 39 tahun bagi sasaran yang lebih luas, manakala lebih memberi fokus sasaran kepada pendengar berusia 24 tahun hingga 34 tahun yang akan memfokuskan pendengar di sebelah pantai timur iaitu mereka yang berada di negeri Kelantan, Terengganu serta yang terkini di Pahang.  Molek FM telah mendapat sambutan ramai dari pendengar terutamanya pendengar-pendengar dari pantai timur sendiri serta yang berada di luar pantai timur dengan mendengarkan Molek FM secara langsung di YouTube Molek TV, laman sesawang molekfm.audio serta aplikasi Audio +.

Serentak dengan pelancaran frekuensi Molek FM di Kuantan Pahang. Molek FM juga akan menganjurkan kempen terbaru Molek FM iaitu “Oghe Molek O’Betty by Glow Glowing”. Konsep kempen “Oghe Molek O’Betty by Glow Glowing” ini adalah para pendengar haruslah sentiasa mendengar Molek FM di radio untuk menjejaki lelaki misteri yang akan memberikan hadiah wang tunai kepada mereka. Jika pendengar tersebut berjaya menjejaki lelaki misteri atau “Oghe Molek” tersebut, pendengar bakal memenangi wang tunai sebagian daripada RM 10,000. 

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang

Cara – cara penyertaan adalah pendengar perlu mendengarkan Molek FM dan tunggu sehingga petunjuk bagi menjejaki “Ore Molek” di keluarkan di radio serta media sosial Molek FM. Kemudian, pendengar harus menjejaki “Oghe Molek” di lokasi yang telah diberikan dan harus bertanya orang yang berada di lokasi kejadian. “Gu, demo Ore Molek ko?”. 

Pemenang yang berjaya bakal membawa pulang sebahgian daripada wang tunai yang berjumlah RM 10,000 atau kurang dari itu (mengikut jumlah yang dimaklumkan pada setiap segmen).  Siapakah lelaki misteri tersebut? Teruskan mendengar Molek FM menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu,  93.6 FM di Kuala Terengganu dan yang terbaru di 100.4 FM di Kuantan Pahang.

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, “berkata kami mengalukan pendengar di Kuantan ke keluarga Molek FM. Kami sentiasa mengutamakan kehendak pendengar dan tentunya terus menyajikan pelbagai kandungan yang menarik, fresh serta mengikuti perkembangan semasa. Ini bagi memastikan pendengar sentiasa teruja apabila mereka mendengarkan kami. Dengan kehadiran frekuensi baru Molek FM di Kuantan, kami percaya kami boleh menarik minat pendengar-pendenegar yang berada Kuantan untuk terus berhibur dan menyokong kami selain mereka berpeluang menyertai peraduan-peraduan yang disajikan. Moga dengan kehadiran kami di Kuantan akan lebih memeriahkan industri penyiaran radio. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua pendengar setia Molek FM yang sentiasa memberi sokongan serta support  yang sangat dasyat kepada Molek FM. Dan saya berharap sambutan yang telah diberikan di Kelantan serta Terengganu sebelum ini dapat meresap juga di Kuantan.”

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NAIM DOLLA

Dolla X Naim Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat

Tidak Bersikap Jujur, Bad Indigo Dedah Punca Penceraian Dengan Ashira