in , ,

MK Sebagai Artis Jemputan I Can See Your Voice Malaysia Musim 3

Betul-Betul Macam Mimpi!

‘Hidup aku bagai mimpi’, itu baris lirik lagu rap yang sedang hangat berkumandang di corong-corong radio kini. Oleh itu, I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) minggu kelapan membawakan penampilan khas salah seorang penyanyi dari kumpulan rap K-Clique iaitu MK sebagai artis jemputan.

Sejak ICSYVMY3 bersiaran, kadar tontonan TV meningkat dari seminggu ke seminggu malah platform digital juga mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi!

Gandingan mantap antara MK, panel penyiasat jemputan iaitu Zizan RazakBen Ladin dan Ramona Zam Zam serta panel penyiasat tetap ICSVYMY3, Mark Adam, Jihan Muse dan Yusry Abdul Halim amat menghiburkan malahan episod yang bersiaran pada 5 April 2020 telah mencapai lebih daripada 225,000 jumlah tontonan live strim di YouTube sehingga telah trending #1 pada keesokan harinya. Kadar tontonan secara purata di TV3 pula telah mencatat sebanyak 4.02 juta penonton.

MK (c)

MK seperti bernasib buruk pada pusingan pertama apabila dia menyingkirkan seorang peminat rap (Nurul Farah Ain Mohd Faizal) sedangkan Farah sebenarnya seorang penyanyi sebenar. MK mendengar pandangan Ben bahawa penyanyi misteri ini nampak tidak meyakinkan bagi mereka.

Alangkah terkejutnya mereka apabila Farah sebenarnya seorang rapper perempuan yang berkebolehan.

Di pusingan kedua pula, MK membuat pilihan untuk menyingkirkan penyanyi misteri pertama dan keempat. Penyanyi misteri pertama ialah seorang pembantu jurulatih bola baling (Nur Farah Batrisyia Razali) yang ternyata memang seorang penyamar. Malangnya, penyanyi misteri keempat, seorang komposer (Ahmad Aiman Azizul Anuar) sebenarnya ialah penyanyi sebenar.

Para panel penyiasat meragui Aiman kerana lip sync yang terlalu over. Nyanyian Aiman berjaya memukau semua penonton dan panel di pentas penentuan.

Pusingan ketiga pula, MK menyingkirkan penyanyi misteri keenam, seorang pelukis mural (Amirul Ariffi Hamzah). Zizan yakin Amirul ialah seorang penyamar kerana penampilannya tidak meyakinkan dengan menyatakan ‘rambut atau songkok’ terhadap stail rambutnya. Ternyata, Amirul memang seorang penyamar bersuara sumbang yang kreatif dalam rekaan grafik mural.

Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri kelima, seorang pelajar Sains Fizik (Muhd Fadhil Arif) telah disingkirkan kerana majoriti penonton dan panel penyiasat kecuali Zizan memilih dia sebagai penyamar. Yusry dengan yakinnya ingin ‘delete’ penyanyi misteri tersebut.

MK (a)

Di pentas penentuan, MK terpegun kerana Fadhil ialah penyanyi sebenar yang berasal dari Sabah, sekampung dengan MK. Kesemua panel terutamanya Zizan sangat kagum dengan rap yang dipersembahkan oleh Fadhil yang membawakan lagu Sah Tu Satu dari kumpulan K-Clique sendiri.

Akhirnya, pilihan duet MK ialah seorang pelajar universiti (Firas Aliyan Mohd Fazli) dan ternyata kesemua panel dan penonton tidak hampa kerana dia seorang penyanyi sebenar. Betul-betul macam mimpi, impian Firas untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dapat diteruskan kerana berjaya merebut peluang untuk bersaing bersama penyanyi-penyanyi sebenar yang lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music serta peluang untuk merakamkan sebuah single.

Zizan Razak

Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang menampilkan Shila Amzah sebagai artis jemputan dan turut dimeriahkan bersama Nadiya Nissa dan Zara Zya sebagai panel penyiasat jemputan pada 12 April 2020. 

Jihan Muse

Bersiaran sepanjang 10 episod dan 1 episod khas, program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan ini mempamerkan seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan untuk memeriahkan lagi suasana di studio ICSYVMY pada setiap episod. Tugas para penyiasat bertujuan membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyanyi misteri suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.

Yusry Abdul Halim

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk kali kedua dalam musim ketiga ini. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my .

Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Ramona Zam Zam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Santan Lancar e-bazar Ramadan untuk Bantu Usahawan di Lembah Klang

Kejutan Selebriti Raikan Pengantin Dalam TERKEJUT TAK?