in , ,

Tahniah Bunga Raya, Aina Abdul Jadi Juara The Masked Singer Malaysia!

Selepas lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya sebentar tadi. Pentas akhir itu juga menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain.

Misteri suara merdu terbongkar selepas penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama yang disiarkan pada malam Jumaat. Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal Bunkface dan Listen (Celine Dion). Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Sementara itu, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua.

Manakala, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke
Bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke

Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Malam final turut menyaksikan kemunculan penyanyi juga komposer Mark Adam hadir mengisi kerusi Zizan Razak sebagai juri.

Alyah di sebalik costume Wau.
Alyah di sebalik costume Wau.

Rancangan yang bersiaran selama sembilan minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.

Tujuh selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Hairul Azreen (Ayam Jantan), Yana Samsuddin (ABC), Chiwan Cilok (Rhino), Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak), Zain Hamid (Musang King), Ebby Saiful (Rimau) dan Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia).

The Masked Singer Malaysia merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!
Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!
Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung dalam Sebuah Mahakarya Hebat, LARA

Farhan Asri Rasa Insaf Setelah Jayakan Babak Kena Kafan