in , ,

Misteri Penyingkiran Ameer Sofazr dari Gegar Vaganza Kini Terjawab

Selepas tersingkir dari Gegar Vaganza musim enam (GV6), vokalis Sofarz, Ameer berazam untuk memberi sepenuh perhatian kepada kumpulannya, Sofazr. Katanya, ini walaupun anggota lain dalam Sofarz tidak kisah dia menyanyi solo.

“Apabila menyanyi lagu Sofarz tanpa ahli Sofarz, saya rasa benda tu tak adillah. Jika ada penganjur nak panggil, biarlah kami datang sebagai Sofazr. 

“Itu yang saya tetapkan pada diri saya sendiri walaupun hakikatnya anggota lain sebenarnya tak kisah sekiranya saya nyanyi secara solo,”

– Amer Sofazr

Pada minggu ketiga GV6 ini setiap peserta diberi tugas mempersembahkan lagu Yang Aneh Aneh menyaksikan Ameer yang menyampaikan lagu Samrah Mentari berada di kedudukan tercorot sekaligus menyebabkannya tersingkir.

Juri profesional Ramli MS berkata, punca penyingkiran itu disebabkan penyanyi tersebut gagal mempamerkan persembahan yang baik.

Ramli berkata, hampir 90 peratus tala muzik (tune music) dan vokal Ameer atau nama asal Amir Mahiyiddin tidak selari semasa menyanyikan lagu nyanyian asal Jamal Abdillah itu.

Konsert itu turut menyaksikan Naqiu Boboy sekali lagi diumumkan sebagai peserta pertama yang layak ke minggu keempat. Berada di tempat kedua, penyanyi Jatt yang dilihat naik kembali selepas tersenarai antara tiga tercorot pada minggu lalu, manakala Wann di tempat ketiga.

Selain Ameer, Sofazr turut dianggotai Rodie Jamun (keyboard), Ahmad Fairouz Mohammad (bass), Wan Shah Baharom Niktah (dram) dan Wan Shahbaharin Niktah (gitaris utama).

Mengulas perancangannya bersama Sofarz, jelas Ameer, mereka kini sedang giat membuat persediaan untuk menerbitkan single.

“Kami jangka keluarkan single tu tahun depan. Buat masa ni kami tengah kumpul material yang sesuai untuk diketengahkan kepada peminat,”

– Ameer Sofazr

Ameer turut menegaskan komitmennya terhadap Sofarz berbanding menyanyi secara solo.

“Sekiranya ada tawaran lain, saya akan nyanyi lagu Sofarz, perkara tu buat saya rasa tak adil. Lainlah kalau nyanyi lagu sendiri.

“Rezeki di tangan Allah. Tak semestinya rezeki hanya di situ saja. Mungkin ada di tempat lain. 

“Tapi jujurnya, kita nak naik sebagai Sofarz bukan senang, kita dah lalui macam-macam,”

– Ameer Sofazr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengikut Sham Visa Marah Mesej Tak Dibalas?

Rahsia Sebalik Tabir Rumah Seram TRAIN TO BUSAN, Resorts World Genting Kini Terbongkar