in , ,

Mira Filzah Mengesahkan Dah Berpunya di FB Live Ustazah Asma’ Harun

Akhirnya, teka-teki mengenai status pelakon Mira Filzah terjawab apabila dia mengesahkan hatinya sudah dimiliki seseorang dan kedua-dua keluarga telah bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika bersiaran langsung dalam program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook pendakwah itu pada Ahad. Menerusi siaran tersebut, Mira menjawab soalan yang diajukan oleh Ustazah Asma mengenai teman lelaki dan pertunangan.

“Iya… dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,”

– Mira Filzah

Selepas mendengar jawapan pelakon filem Sangkar itu, Ustazah Asma segera menjelaskan menurut agama Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.

mira filzah
Antara pengisian bual santai Mira Filzah bersama Ustazah Asma yang menarik perhatian peminat.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunang la tu… dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

“InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga… kita sama-sama doakan,”

– Ustazah Asma’ Harun

Klip video perbualan tersebut dikongsi semula oleh pengguna di Twitter dan Instagram.

Pada Februari lalu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai gosip kononnya Mira sudah dirisik dan bakal mengadakan majlis pertunangan pada September depan.

Lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar foto Mira bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir yang juga merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Beberapa bulan lalu, tular foto Mira bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir, termasuklah sejambak bunga yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahiran Mira baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mira memilih untuk terus mengunci mulut mengenai gosip tersebut.

Sumber: mStar Online
Mira Filzah
Mira Filzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Bagus’ Public Figure Kena Koronavirus! Janna Nick Dikritik Salah Guna Bahasa di MELODI

“Mana Darjat Suami Jika…” – Status Dimuatnaik Aliff Syukri Cetus Tanda Tanya