in ,

Mingguan Esports MGO Program Khas E-sukan Terbaru di TV9

‘Mingguan Esports MGO’ Program Khas E-sukan Terbaru di TV9 oleh Media Prima Digital!

Media Prima Digital melalui portal permainan e-sukan MyGameOn (MGO), buat julung-julung kalinya membawakan kepada anda satu program terbaru ​Mingguan Esports MGO (MEMGO)​ yang bakal bersiaran di TV9!

Program terbaru ini berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran buat pertama kalinya pada 3 Jun 2020, setiap hari Rabu, jam 10.30 malam, menambahkan sari rancangan pilihan hanya di TV9.

Khususnya buat para peminat esukan di luar sana, MEMGO akan membicarakan mengenai sorotan e-sukan, berita dan perkembangan terkini sepanjang minggu tentang ​game yang paling banyak dimainkan di Malaysia.

POSTER-PROMO-(Mingguan-Esports)-FINAL-1

Rancangan ini akan membawa penonton kepada tiga segmen yang berbeza, mengandungi sorotan kejuaraan yang kebanyakannya tempatan atau mempunyai pasukan tempatan yang mewakili negara.

Tiga segmen tersebut adalah seperti berikut:

  • Berita – Segala laporan dan berita terkini dari pengumuman pasukan kepada pertandingan.
  • Sorotan (​Highlights)​ – sorotan ​play of the week​, sorotan kejohanan dan sebagainya.
  • Temu ramah – Sesi temu ramah bersama tokoh dan pemain industri e-sukan profesionaltempatan (menang kejuaraan, persiapan untuk kejuaraan antarabangsa)

Selari dengan konsep TV9 sebagai saluran muda, MEMGO menyasarkan pasaran massa termasuk yang bukan ​gamers dan ​gamers kasual. Khalayak sasaran utama adalah komuniti gaming​ tempatan, para pelajar universiti tempatan, dan kelas pekerja dewasa muda.

Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital, Nicholas Sagau berkata, “Rancangan e-sukan yang biasanya terdapat di platform digital seperti ini adalah satu inisiatif untuk mendidik, memupuk dan memberi pendedahan kepada orang ramai dan juga peminat e-sukan.

Dengan adanya kandungan e-sukan/ permainan video di televisyen dapat membantu kami meluaskan capaian kepada lebih ramai penonton dalam kalangan peminat ‘game’. Kami amat berbangga dengan Mingguan Esports MGO dan teruja untuk membawa e-sukan ke tahap seterusnya melalui televisyen”.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton rancangan terbaru Mingguan Esports MGO yang bakal bersiaran bermula 3 Jun 2020 ini, jam 10.30 malam hanya di TV9!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen

Izzue Islam Lancar Semula Single Lama