in

Minggu Setiausaha Dayang Nurfaizah di Hotel Federal

Pada 17 April 2008 bermula jam 12 tengahari hingga 2.30 petang, bertempat di Federal Hotel, penyanyi Dayang Nurfaizah akan menghiburkan setiausaha dan bos mereka dengan lagu-lagu hits dari album Dayang, selain itu ada lagu dari Beyonce, Mariah Carey, Alicia Keys, Sheila Majid, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Kepada para setiausaha semua, apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda berhibur sambil menikmati juadah lazat bersama bos anda.

Bukan sahaja dapat bergambar dan bertemu Dayang secara eksklusif, macam-macam hadiah akan disediakan untuk cabutan bertuah. Antaranya, hadiah utama berupa tiket penerbangan pergi balik ke Australia, untuk dua orang, sumbangan Royal Brunei Airlines dan penginapan 4 hari 3 malam berserta sarapan pagi untuk 2 orang di The Grace Hotel, Sydney (yang baru memenangi anugerah sebagai antara 10 buah hotel terbaik di Pasifik Selatan dalam majlis anugerah yang dianjurkan oleh Traveller’s Choice Award 2008).

dayang nurfaizah

Selain itu, ada penginapan 2 hari 1 malam di Federal Hotel Kuala Lumpur, Crown Princess Kuala Lumpur dan Hotel Capitol Kuala Lumpur. Bagi yang gemar membeli-belah, terdapat juga voucher membeli-belah dari Robinson, pakej spa esklusif dari Martha Tilaar, rawatan istimewa dari Slimming Sanctuary, majalah perniagaan Global CEO, barangan dari Southern Lion’s, T-shirt jenama Amanda Brown, barangan dari Nivea, Unza, United Italian dan banyak lagi.

[tags]federal hotel, dayang nurfaizah, Beyonce, Mariah Carey, Alicia Keys, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Royal Brunei Airlines, Federal Hotel Kuala Lumpur, Crown Princess Kuala Lumpur, Hotel Capitol Kuala Lumpur, pakej spa esklusif, Martha Tilaar, rawatan istimewa, Slimming Sanctuary, majalah perniagaan, Global CEO, Southern Lion’s, T-shirt jenama, Amanda Brown, barangan Nivea, Unza, United Italian[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Saksi Mawi, Ekin, Aduh Saliha, Dubai & Qasidah 2

Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini