in ,

Minggu Fesyen Pertama di Johor

Johor Fashion Week (JFW) merupakan satu program yang melibatkan industri fesyen, penggiat fesyen dan Institut Pengajian Tinggi.

Mengetengahkan konsep ekspo, program ini akan berlangsung pada 9 hingga 11 September ini di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.
Program ini merupakan minggu fesyen pertama yang bakal diadakan di Johor Darul Takzim.

Bukan sekadar pertunjukan fesyen, malah ekspo selama tiga hari itu turut mengetengahkan dunia kecantikan, perhiasan diri, hasil seni dan menampilkan ramai bakat baru dalam dunia fesyen.

Minggu Fesyen Pertama di Johor

Jom Meriahkan Minggu Fesyen Pertama di Johor

[dropcap]O[/dropcap]bjektif JFW adalah bertujuan mewujudkan revolusi industri fesyen Johor.
Ia menerapkan idealogi fesyen Johor yang sebenar dalam program ini disamping menaiktaraf industri fesyen Johor.

Dengan penggabungan antara industri fesyen dengan industri pengajian tinggi dalam jurusan fesyen bagi membentuk industri fesyen yang lebih efisyen.
Dalam merealisasikan JFW, usahasama antara industri Johor dan luar Johor sangat-sangat dialu-alukan.

Pembabitan Institut Pengajian Tinggi dalam jurusan fesyen memberi inspirasi kepada pereka fesyen bagi permulaan dana dalam membangun industri fesyen melalui JFW serta dapat memberi peluang untuk penggiat fesyen berkarya.

[pullquote align=”right”]JFW menjadi pentas peragaan pelajar projek akhir di mana pelajar menggunakan model profesional, pentas, jurusolek dan jurugambar profesional bagi memberi kualiti terbaik.[/pullquote]

Institusi pengajian yang mengambil bahagian adalah seperti Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Kemahiran Mara, Politeknik Ibrahim Sultan dan Giatmara.

JFW menjadi pentas peragaan untuk pereka fesyen antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Brunei serta negara asia yang lain.

JFW diadakan bagi melahirkan pereka fesyen dan pelajar yang berdaya saing dan kreatif disamping mempromosikan Institut Pengajian Tinggi kepada masyarakat.

Dengan sokongan yang diberikan oleh badan kerajaan, kakitangan, fesyen industri serta penaja akan memberi anjakkan paradigma yang baik kepada golongan muda yang ingin terus memperkembangkan bakat mereka sebagai pereka fesyen dan model sehingga ke peringkat global.




Peluang ini juga diambil untuk menjalankan kerjasama dengan sektor swasta yang kukuh sekaligus mampu memberi peluang ruang kepada mereka yang ingin membina nama dan meluaskan pasaran ke peringkat global.

Penganjuran program ini diharap akan mampu membawa industri fesyen khususnya di negeri Johor untuk pergi lebih jauh dan mengambil kesempatan ini untuk berurusan dengan penggiat industri di luar negara.

Berdasarkan penerangan yang dibuat, kami dari pihak syarikat Tempee Management amat berharap perjalanan majlis sepanjang program ini berjalan lancar dengan kerjasama dengan pihak-pihak yang terbabit.

Dengan adanya JFW 2016 ini akan dapat mencetuskan satu revolusi baru dalam industri fesyen di Johor supaya Johor akan menjadi pusat perkembangan fesyen yang pesat dan akan meningkatkan nilai bagi setiap penggiat fesyen untuk sebaris dengan penggiat fesyen di Kuala Lumpur mahupun antarabangsa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Logo Fashion Lounge & Gallery Launches First Flagship Store At Evolve Concept Mall

Berjayakah Huawei Atasi Samsung & Pesaing Lain dalam Kemaskini Keselamatan?