in

Miliki Njoi TV Satelit Dengan Hanya RM288

Njoi, TV satelit percuma kini milik semua
Pelanggan boleh mendapatkan set permulaan Njoi pada harga RM288, dan menikmati akses kepada 37 saluran TV dan radio secara percuma

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati TV satelit percuma melalui perkhidmatan terbaru Astro – Njoi, perkhidmatan TV satelit percuma tanpa langganan yang boleh didapati dari pengedar-pengedar sah Njoi di seluruh Malaysia. Dapatkan NJOI, yang terdiri dari sebuah dekoder, satu unit piring satelit luar-rumah (ODU), kad pintar dan satu unit alat kawalan jauh dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288, dan RM100 untuk pemasangan, yang memberikan akses kepada 18 saluran TV dan 19 saluran radio dengan serta-merta tanpa pembayaran untuk langganan bulanan dan tanpa kontrak perjanjian.

Launch of NJOI - Caption in TXT file

Henry Tan, Pegawai Operasi Astro berkata, “Cabaran dan aspirasi kami di Astro adalah untuk terus mempelajari keperluan pelanggan bagi membolehkan kami membekalkan cadangan nilaian terbaik secara menyeluruh yang memenuhi pilihan gaya hidup, keutamaan dan badget setiap pelanggan.

Astro juga komited untuk menawarkan kepada pelanggan lebih banyak pilihan saluran pendidikan, informasi dan hiburan berkualiti yang turut merangkumi program sukan dan muzik kepada semua rakyat Malaysia – dimana mereka boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan TV Berbayar Astro atau Njoi, Perkhidmatan TV Percuma”.

Untuk pertama kalinya di Malaysia, Njoi membolehkan pelanggan – pelanggan Astro mengakses 18 saluran TV dan 19 saluran radio tanpa sebarang langganan bulanan dan tanpa kontrak perjanjian. Saluran yang terkandung di dalam NJOI merangkumi pelbagai saluran pendidikan yang berkualiti seperti Tutor TV UPSR, PMR dan SPM, serta saluran hiburan dan informasi yang menarik seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Astro Vaanavil, Jia Yu, Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan Astro Xiao Tai Yang.

Pada pertengahan tahun 2012, pelanggan boleh memilih untuk melanggan pakej rancangan yang lain mengikut citarasa mereka dari senarai pelbagai isi kandungan rancangan yang menarik melalui kaedah pra-bayar.

Sila kunjungi pengedar Njoi yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk mendapatkan set Njoi anda, atau kunjungi laman web www.njoi.com.my untuk mendapatkan senarai pengedar Njoi yang sah.

Dato’ Rohana Rozhan, Chief Executive Officer of Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu I Heart You dari SMASH

Astro Launches New HD Channels