in ,

Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris

Akademi Fantasia biasanya akan memberikan impak dan perubahan ketara buat sang juaranya. Sesiapa yang jadi juara sudah tentu akan mendapat habuannya. Seperti juga Mawi yang kini menjadi duta pelbagai produk, Mila yang sedang melonjak naik dengan lagu Persis Mutiara juga tidak terlepas mendapat tempias yang sama.

Rezeki Mila kian mencurah-curah dengan show korporat dan offer untuk menjadi duta, model dan jurucakap produk ternama.

Tahniah buat Mila. Saya kira dengan kepetahan, imej bersih dan elegan Mila dapat menyakinkan ramai pihak. Bintang AF yang lain pula, apa citer? Takkan senyap jek!

Pada peminat Mila, kalau ada aktiviti untuk Mila, sudi-sudilah kasi tau saya ya. Terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chat Shawal & Heliza Helmi: Antara Teruja & Teruji

Updated: Readers ToGether Gather Ke-3 Menonton Filem WARIS JARI HANTU